Vertical Line Image
Kemahiran Memaku Kayu
by Mindloops, 04 Apr 2023

Kemahiran memaku kayu ialah salah satu kemahiran yang penting terutama dalam pembuatan produk kayu yang kuat dan tahan lama. Dengan menggunakan teknik yang betul dan alatan yang sesuai, memaku kayu dapat menjadi satu tugas yang mudah dan menyeronokkan. Jom kita pelajari kemahiran dan teknik memaku kayu dengan betul! 

blog image

Alatan yang diperlukan untuk memaku kayu:

1. Tukul Kuku Kambing 

  • Terdapat 4 bahagian penting pada tukul kuku kambing iaitu bahagian kepala, muka, kuku dan hulu. Bahagian kuku digunakan untuk mencabut paku, manakala bahagian muka digunakan untuk mengetuk paku. Hulu adalah pemegang ketika proses mengetuk paku. 
blog image

2. Paku  

  • Paku kayu terdapat beberapa variasi ukuran iaitu bermula 2 cm sehingga 12 cm. Pemilihan saiz dan ukuran yang bersesuaian bergantung kepada ketebalan kayu. 

Langkah-langkah memaku kayu dengan betul:

1. Pilih ukuran atau saiz paku kayu yang bersesuaian. 

blog image

2. Letakkan kayu yang hendak dipaku pada permukaan yang rata. 

blog image

3. Pegang paku dengan jari tangan yang tidak memegang penukul. Kemudian, pukul paku berkenaan secara perlahan-lahan dan berhati-hati. 

blog image

4. Pastikan paku tersebut telah terbenam sepenuhnya di dalam kayu. Sekiranya anda tersilap paku, cabut paku tersebut menggunakan bahagian kuku penukul. 


Related Category

Related Stories
Living Skills
Lilin Emergency!
Living Skills
Kemahiran Komunikasi
Living Skills
Kemahiran Mengurus Masa
Living Skills
Kitar Semula

Explore More

Study Skills

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva• Buka laman sesawang Canva (w...

Tutoring

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang amat...

Engineering

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz