MindLoops

Maklumat Program MindLoops® Maker Space

Serlahkan Bakat Inovasi Anda!

Gambaran Keseluruhan

MindLoops® Maker Space merupakan satu inisiatif yang dibangunkan oleh EDESS dan rakan kongsi yang direka khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Program tahunan ini memberi pengalaman pembelajaran yang mendalam, dengan fokus utama pada STEM, TVET, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), dan kemahiran keusahawanan yang diperlukan dalam abad ke-21. Kumpulan yang terpilih akan berpeluang bersaing secara sihat dalam membangunkan model yang inovatif.

Fokus Utama Program

  • Fokus kepada TVET dan STEM: Libatkan diri dalam aktiviti yang tertumpu kepada sains, teknologi, kejuruteraan, dan kemahiran teknikal.

  • Kemahiran Keusahawanan: Memupuk pemikiran inovatif dan kemahiran menyelesaikan masalah.

  • Kemahiran Abad ke-21: Membangunkan kerjasama, kepimpinan, dan kecekapan digital.

  • Integrasi SDG: Memperjuangkan matlamat pembangunan mampan melalui projek dan inisiatif yang praktikal.

Matlamat

  • Mengetengahkan kemahiran STEM, TVET, SDG dan keusahawanan.

  • Menggalakkan inovasi, keusahawanan, dan teknologi baru.

  • Memperjuangkan amalan mampan.

Misi

Mewujudkan persekitaran dinamik yang memupuk kemahiran abad ke-21 melalui amalan praktikal STEM, TVET, SDG dan pemikiran keusahawanan.

Frame 6
Frame 7

Objektif

  • Menggalakkan kreativiti, inovasi, dan pemikiran keusahawanan.

  • Meningkatkan kerjasama dan komunikasi.

  • Memberi pendedahan terhadap literasi digital dan penyelesaian masalah yang mampan.

Kriteria Peserta

Program peringkat negeri ini menyasarkan penglibatan murid sekolah rendah berumur 10 hingga 12 tahun dan pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 16 dari semua sekolah di Negeri Johor, sama ada kerajaan, swasta, atau antarabangsa. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 4 murid dan diiringi oleh 1 guru penasihat.

Kriteria Model

  • Inovasi: Keaslian model diutamakan.

  • Bahan: Menggunakan bahan kitar semula.

  • Fungsi: Model mestilah selari dengan tema.

  • Keselamatan: Selamat untuk digunakan.

  • Reka Bentuk: Reka bentuk yang menarik dan sesuai.

Garis Masa

Garis Masa Maker Space 2025

Peringkat Acara

Peringkat 1: Penjanaan Idea - Penghasilan Idea (Ideation) dan Reka bentuk (14 Minggu Sebelum Hari Pertandingan Peringkat Akhir)

  • Pendaftaran: Daftar penyertaan sekiranya berminat.

  • Taklimat: Guru penasihat diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat.

  • Penyelidikan dan Inovasi: Setiap kumpulan digalakkan untuk menggunakan teknologi AI (contoh: ChatGPT, CoPilot, Perplexity) untuk menyelidik dan mengemas kini idea.

  • Pemilihan Model: Pilih model yang mempunyai kefungsian yang baik serta diperbuat daripada bahan kitar semula.

  • Penyerahan Idea: Kumpulan mesti menghantar idea model yang terperinci menggunakan borang Perancangan Model Maker Space yang disediakan.

  • Pemilihan: 15 kumpulan dari sekolah rendah dan 15 kumpulan dari sekolah menengah yang terbaik akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir.

Peringkat 2: Pembangunan dan Pengujian (8 Minggu Sebelum Hari Pertandingan Peringkat Akhir)

  • Peserta: 30 kumpulan finalis.

  • Pembangunan Model: Peserta akan membangunkan model yang terhasil pada peringkat penghasilan idea.

  • Pengujian Model: Peserta akan menguji model yang dibina supaya berfungsi dengan baik dan memenuhi spesifikasi piawaian keselamatan.

Peringkat 3: Pemasangan dan Pengintegrasian (Hari Pertandingan Peringkat Akhir)

  • Peserta: 30 kumpulan finalis.

  • Pemasangan dan Ujian: Peserta akan memasang semula elemen di dalam model yang telah dibangunkan dan diuji pada peringkat sebelumnya. Peserta perlu memastikan model boleh berfungsi dengan baik dan bersedia untuk dibentangkan di hadapan juri.

  • Tempoh: 2 jam untuk membangunkan model.

  • Bahan: Kumpulan membawa bahan kitar semula dan peralatan mereka sendiri; alatan asas seperti gam, gunting, dan pita disediakan.

  • Pembahagian Tugas: Fleksibel bergantung pada keperluan semasa; kerjasama adalah penting.

Peringkat 4: Pembentangan (Hari Pertandingan Peringkat Akhir)

Pembentangan: Terdapat dua pembentangan yang akan berlaku.

  • Pembentangan Business Model Canvas

    Berlaku serentak semasa peringkat pemasangan dan pengintegrasian model sedang berjalan. Setiap kumpulan mesti menghantar satu wakil untuk membentangkan Konsep Keusahawanan berdasarkan Business Model Canvas selama 5 minit semasa fasa pemasangan berlangsung.

  • Pembentangan Model

    Setiap kumpulan mesti menghantar satu wakil untuk membentangkan model kepada juri berdasarkan konsep model yang dibangunkan. Masa yang diberikan adalah maksimum 10 minit (5 minit demonstrasi dan 5 minit soal jawab).

Tempoh: 5 minit diperuntukkan untuk setiap pembentangan konsep model tersebut (5-Minute Pitch).

Kemahiran: Pembentang mestilah menunjukkan kemahiran komunikasi yang jelas dan efektif.

Peringkat 5: Pementoran Pemenang (Selepas Hari Pertandingan Peringkat Akhir)

  • Peserta: Tiga pemenang utama Program MindLoops® Maker Space.

  • Pementoran: Pemenang akan menerima bimbingan dari pihak EDESS untuk memurnikan dan menambahbaik model mereka selama 1 bulan melalui program MindLoops® Incubator.

  • Peluang Komersialisasi: Pemenang juga mempunyai peluang untuk mengkomersialisasikan model mereka pada masa akan datang.

  • Tempoh: Pementoran berlangsung selama 1 bulan selepas program peringkat akhir tamat.

Pilihan Tema Model

Inovasi Mesra Alam

SDG 9 & SDG 12

Penyelesaian Gaya Hidup Sihat

SDG 9 & SDG 12

Pertanian Lestari

SDG 2 & SDG 15

Fesyen dan Aksesori

SDG 12

Pemeliharaan Hidupan Liar

SDG 3

Kecekapan Tenaga

SDG 7 & SDG 13

Kitar Semula dan Penggunaan Semula

SDG 12 & SDG 13

Pemuliharaan Air

SDG 6

Kesedaran Alam Sekitar

SDG 13 & SDG 15

Projek Impak Komuniti

SDG 11 & SDG 16

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)


Matlamatnya adalah untuk menamatkan semua bentuk kemiskinan di seluruh dunia. Langkah yang pertama ialah menangani jenis kemiskinan yang menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan mereka. Matlamat ini bukan sekadar untuk menyediakan makanan dan air tetapi juga termasuk memastikan setiap orang mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal, akses kepada hospital, dan peluang untuk menyuarakan pendapat mereka atau menggunakan kemahiran yang mereka miliki.


Kebuluran adalah keadaan kekurangan zat makanan apabila anda tidak makan dengan betul untuk tempoh yang lama. Matlamat ini adalah untuk memastikan setiap orang, daripada kanak-kanak sehinggalah mereka yang berusia mendapat makanan dan nutrisi yang mencukupi. Matlamatnya adalah untuk memelihara alam sekitar dan kepelbagaian tanaman (supaya pelbagai jenis sumber tersedia), dan dalam masa yang sama, meningkatkan pengeluaran makanan asas.


Matlamatnya adalah supaya setiap orang menjadi sihat, mencegah penyakit, dan mendapat akses kepada rawatan perubatan yang mencukupi. Wanita sepatutnya dapat melahirkan bayi dengan selamat, dan ubat atau vaksin harus tersedia untuk semua orang. Matlamat ini termasuklah mengurangkan kecederaan atau kematian akibat kemalangan dan pencemaran udara, air, dan tanah.


Matlamatnya adalah untuk menyediakan pendidikan yang sama berkualiti tinggi kepada semua orang dengan peluang pembelajaran sepanjang hayat. Menyediakan sekolah yang selamat dan mudah diakses serta menambahkan bilangan guru yang berkelayakan akan membantu mencapai matlamat ini. Adalah penting untuk meneruskan pendidikan walaupun semasa di tengah-tengah konflik dan bencana.


Matlamatnya adalah untuk memperkasakan wanita bagi menghentikan diskriminasi terhadap mereka. Antara cara untuk melakukannya termasuklah mencegah kemudaratan fizikal, emosi, dan seksual terhadap wanita; menghargai kerja-kerja yang dilakukan di rumah; melindungi hak wanita yang berkaitan dengan kehamilan dan melahirkan anak; serta menggalakkan penyertaan yang sama rata dalam politik, ekonomi, dan lain-lain.


Matlamatnya adalah untuk menyediakan air bersih dan persekitaran yang sihat kepada semua orang melalui pengurusan kebersihan yang betul. Ini mewujudkan pengurusan air yang baik dan pelupusan sampah untuk semua orang dan langkah-langkah untuk menggunakan semula air.


Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga yang bersih dan berpatutan untuk semua orang, tidak hanya daripada kayu atau arang batu tetapi juga daripada sumber elektrik atau gas yang baharu. Memanfaatkan penggunaan tenaga bersih dan boleh diperbaharui (seperti cahaya matahari, angin, aliran air sungai, dan pasang surut laut) dengan sebaik mungkin. Meningkatkan kecekapan tenaga ialah kuncinya.


Pekerjaan yang sesuai bermaksud semua orang mempunyai akses kepada pekerjaan yang memuaskan yang dapat membantu pertumbuhan ekonomi dan dalam masa yang sama, melindungi sumber semula jadi. Matlamatnya adalah untuk menghentikan buruh kanak-kanak yang membahayakan mental dan fizikal kanak-kanak berumur bawah 18 tahun yang dipaksa bekerja.


Infrastruktur bermaksud bangunan, pengangkutan, perkhidmatan dan sebagainya yang diperlukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian mereka. Contoh yang lain ialah bekalan air, landasan kereta api, gas, elektrik, dan Internet. Matlamatnya adalah untuk membina infrastruktur kalis bencana, menggalakkan pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif.


Matlamatnya adalah untuk mengurangkan ketidaksamaan atau perbezaan antara negara dan di dalam negara. Ketidaksamaan boleh dihapuskan dengan meningkatkan pendapatan orang miskin dan menyingkirkan undang-undang serta amalan yang mendiskriminasi jenis orang tertentu.


Matlamatnya adalah untuk mewujudkan bandar dan komuniti yang membolehkan semua orang tinggal di perumahan yang selamat dan berkualiti serta dilengkapi dengan akses kepada air, elektrik, dan perkhidmataan penting yang lain. Komuniti mestilah terlindung daripada bencana. Mereka juga mesti memantau pencemaran udara dan pengurusan pembaziran serta menyediakan akses yang selamat dan mudah kepada perkhidmatan untuk kanak-kanak, orang tua, dan golongan rentan yang lain.


Matlamatnya adalah untuk memastikan sumber tidak dibazirkan apabila sesuatu barangan dihasilkan dan digunakan. Cara penting untuk mencapainya termasuklah mengurangkan separuh sisa makanan di seluruh dunia; memantau bahan kimia berbahaya yang dilepaskan apabila menghasilkan sesuatu bagi mengelakkan berlaku pencemaran air, udara, dan tanah; serta mengamalkan 3 R (kurangkan, guna semula, kitar semula) untuk memininumkan pembaziran.


Perubahan iklim berlaku disebabkan oleh pelepasan karbon dioksida (CO2) dan bahan lain oleh manusia yang mengakibatkan Bumi menjadi semakin panas dan perubahan cuaca. Tumpuannya adalah untuk mengambil tindakan sekarang sebagai persediaan menghadapi isu perubahan iklim dan bencana alam yang akan diakibatkannya.


Kebanyakan pencemaran laut berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh manusia di darat. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan pencemaran laut, menghentikan penangkapan ikan secara haram yang membahayakan alam sekitar, dan memastikan sumber di lautan boleh digunakan secara mampan.


Melindungi hutan dan menghentikan pengembangan padang pasir adalah penting untuk memelihara dan menjana semula ekosistem tanah (dalam erti kata lain, haiwan dan habitat mereka) dan untuk menggunakannya secara mampan. Spesies terancam perlu dilindungi dan kemusnahan biodiversiti hendaklah dicegah.


Matlamatnya adalah untuk membina masyarakat yang aman dan terangkum yang membolehkan semua orang menikmati akses kepada undang-undang (mahkamah dan prosedur undang-undang), dan untuk memastikan bahawa institusi yang adil bergerak aktif pada peringkat komuniti, negara, dan global.


Matlamatnya adalah untuk memastikan supaya semua negara berganding bahu untuk mencapai Matlamat 1 hingga 16. SDG mesti disertakan dalam rancangan negara dan langkah yang lebih serius diambil untuk merealisasikannya. Setiap negara perlu memikirkan tindakan yang boleh mereka ambil dan cara mereka boleh menggunakan sumber kewangan mereka untuk mencapai matlamat ini. Negara maju boleh membantu negara membangun dalam usaha mereka.