Semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor yang berumur 10 hingga 16 tahun digalakkan untuk menyertai.
Adakah terdapat yuran pendaftaran?
Tiada, pendaftaran adalah percuma.
Berapakah bilangan murid bagi setiap kumpulan dan berapa banyak kumpulan yang boleh dihantar oleh setiap sekolah?
Setiap kumpulan terdiri daripada 4 murid sahaja dan diiringi oleh 1 guru penasihat. Sekolah boleh menghantar beberapa kumpulan, tetapi tidak semua kumpulan akan terpilih bergantung kepada pemilihan juri.
Bilakah acara ini akan diadakan dan di mana lokasinya?
Acara ini akan diadakan pada 15 Jun 2025. Lokasinya akan disahkan kemudian.
Bolehkah saya menjemput keluarga saya untuk menghadiri pertandingan ini?
Ya, ahli keluarga boleh menghadiri pertandingan ini secara percuma.