-
Dengan Kerjasama
Maklumat Program
Bersedia untuk serlahkan kreativiti dan kehebatan teknologi anda di pertandingan MindLoops® Maker Space yang bakal berlangsung di Johor. Program ini mengalu-alukan penyertaan daripada kumpulan pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada 4 ahli kumpulan beserta seorang guru pengiring untuk menjana idea, merancang, dan membangunkan sebuah model yang menakjubkan berpandukan STEM dan TVET. Terokai tema-tema menarik seperti inovasi mesra alam, penyelesaian gaya hidup sihat, kecekapan tenaga, dan lain-lain.
Program ini disokong kuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Yayasan JCorp. Ini adalah peluang keemasan anda untuk merealisasikan idea inovatif anda!