Vertical Line Image
Cara Memupuk Sikap Empati
oleh MindLoops, 04 Mar 2024

Tahukah anda apa itu empati?

Empati merupakan kebolehan manusia untuk memahami perasaan orang lain, melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain dan juga membayangkan diri sendiri berada di posisi orang tersebut. Empati merupakan kebolehan yang penting untuk membina hubungan sosial sesama manusia. Dengan mempraktikkan empati, manusia dapat menyelesaikan konflik, meningkatkan kepimpinan dan semangat berpasukan, serta menambah baik kemahiran komunikasi. 

Namun, adakah semua manusia dilahirkan dengan daya empati yang tinggi? Sudah tentu tidak. Perkara seperti cara seseorang dibesarkan, pengalaman, dan perbezaan budaya akan mempengaruhi tahap empati seseorang individu.

Oleh itu, berikut adalah beberapa cara untuk memupuk sikap empati dalam diri

1. Mendengar secara aktif. 

blog image

Mendengar secara aktif bermaksud memberikan perhatian dan memahami apa yang sedang disampaikan oleh orang lain. Dengan cara ini, rakan atau keluarga anda pasti rasa dihargai dan mempunyai kepercayaan terhadap anda. Sebaliknya, mendengar secara pasif pula bermaksud mendengar tanpa memberikan perhatian mahupun mempedulikan apa yang disampaikan. Mendengar secara pasif bukan sahaja boleh membuat rakan anda berasa teruk malah boleh mencetuskan konflik. 

2. Letakkan diri anda di tempat orang lain. 

blog image

Sebagai contoh, jika kawan anda dilanda musibah, bayangkan diri anda yang mengalami musibah itu. Selami perasaan anda jika anda yang mengalami situasi tersebut. Adakah anda berasa sedih? Marah? Geram? Cuba kenal pasti perasaan anda ketika membayangkan situasi tersebut. 

3. Bertanya secara sensitif. 

blog image

Apabila anda sedang mendengar dengan aktif, anda mungkin mahu bertanya beberapa soalan. Berikan perhatian kepada intonasi soalan anda ketika bertanya. Pastikan anda bertanya untuk memahami situasi dan perasaan rakan anda dan bukannya untuk menghakimi. Pada masa yang sama, elakkan juga membuat andaian sebelum mendapat kesemua perspektif. 

4. Berikan sokongan emosi. 

blog image

Ketika rakan anda sedang berkongsi pengalaman atau berita dengan anda, berikan sokongan emosi dengan menunjukkan yang anda faham dan merasai juga perasaan mereka. Cuba yang terbaik untuk menawarkan penyelesaian jika rakan anda memerlukannya. 

Oleh itu, cubalah yang terbaik untuk mengamalkan langkah ini dalam pergaulan harian anda bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga hubungan persahabatan dan kekeluargaan anda bertambah erat. 


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kewarganegaraan
Cara Bersikap Empati
Kewarganegaraan
Cara Menjadi Jiran yang Baik
Kewarganegaraan
Ambil Tanggungjawab Terhadap Ahli Keluarga

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz