Sebuah platform yang digunakan untuk mengakses, berkongsi dan berbincang mengenai bahan mengajar, strategi dan idea bersama guru-guru yang lain.

Kerenah Murid Tahun 1 Berpuasa
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari ni saya ingin berkongsi gelagat anak murid tahun 1 di sekolah saya menjalani ibadah berpuasa. Boleh dikatakan majoriti tidak berpuasa dan dibekalkan air serta makanan dari rumah. Di sekolah juga ada mesin air dan memudahkan murid-murid menambah air minuman. Memandangkan kantin juga dibuka sepanjang bulan puasa, murid-murid mudah untuk mendapatkan makanan dan minuman. Kalau dulu, kebanyakan murid akan 'berpuasa' sepanjang berada di sekolah (malu pada kawan-kawan lain) tetapi sekarang, mereka lebih bebas untuk makan dan minum di sekolah. Para guru hanya mampu menasihati murid-murid untuk cuba berpuasa dan jangan minum atau makan depan kawan-kawan lain untuk menghormati kawan-kawan yang berpuasa. Namun ibu dan bapa yang memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak belajar berpuasa dan membiasakan diri untuk berpuasa. Perkara ni berlaku di sekolah saya sahaja atau di sekolah lain juga ye?

SELAMAT MENGAKHIRI SESI PERSEKOLAHAN 2024
Saya ingin mengucapkan selamat mengakhiri sesi persekolahan 2024. Semoga selepas bercuti selama sebulan, kita akan membawa semangat yang baharu untuk tahun 2025! Bagi yang akan memasuki alam sekolah menengah, selamat berjaya. Terima kasih cikgu kerana sentiasa mendidik kami!

Gajet Dan Anak Anda
Bolehkah ibu bapa di sini berkongsi, bagaimanakah anda
1- mengawal dan menentukan masa maksimum untuk anak-anak menggunakan gajet
2- apakah parental control app yang ibu bapa gunakan?
3- apakah permainan yang boleh meningkatkan pemikiran anak dan dalam masa yang tidak menjejaskan nilai?

Cara Mendidik Anak Remaja
Hai, apa khabar semua? Hari ini saya nak berkongsi tentang cara nak mendidik anak remaja. Tip ini saya dapat hasil daripada pembacaan saya. Remaja ini unik sikit. Ketika fasa remaja inilah, mereka tercari-cari identiti diri, potensi diri dan kawan yang sesuai. Sebab itulah, sebagai ibu bapa, kita perlu lakukan 6 perkara ini:
- Bagi peluang pada mereka
- Bagi masa untuk mereka
- Jangan terlalu menghukum mereka
- Selalu mendengar luahan mereka
- Jadi kawan baik mereka
- Dan kadang-kadang kita kena bagi mereka buat silap
Apa pandangan anda? Jom kongsikan pengalaman anda mendidik anak remaja.

Ragam Anak Murid
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai, nama saya Hanis. Saya baru saja tiga bulan menjadi guru. Saya menghadapi masalah untuk mengawal keadaan murid di dalam kelas. Sejak kebelakangan ini, saya agak tertekan kerana ada segelintir murid yang agak agresif dan mudah hilang fokus. Mungkin cikgu-cikgu yang berpengalaman boleh berkongsi dengan saya tip menarik perhatian murid dan cara mengawal mereka? Terima kasih.