Sebuah platform yang digunakan untuk mengakses, berkongsi dan berbincang mengenai bahan mengajar, strategi dan idea bersama guru-guru yang lain.

Kerenah Murid Tahun 1 Berpuasa
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari ni saya ingin berkongsi gelagat anak murid tahun 1 di sekolah saya menjalani ibadah berpuasa. Boleh dikatakan majoriti tidak berpuasa dan dibekalkan air serta makanan dari rumah. Di sekolah juga ada mesin air dan memudahkan murid-murid menambah air minuman. Memandangkan kantin juga dibuka sepanjang bulan puasa, murid-murid mudah untuk mendapatkan makanan dan minuman. Kalau dulu, kebanyakan murid akan 'berpuasa' sepanjang berada di sekolah (malu pada kawan-kawan lain) tetapi sekarang, mereka lebih bebas untuk makan dan minum di sekolah. Para guru hanya mampu menasihati murid-murid untuk cuba berpuasa dan jangan minum atau makan depan kawan-kawan lain untuk menghormati kawan-kawan yang berpuasa. Namun ibu dan bapa yang memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak belajar berpuasa dan membiasakan diri untuk berpuasa. Perkara ni berlaku di sekolah saya sahaja atau di sekolah lain juga ye?