Dasar Privasi ini menggariskan bagaimana MindLoops mengumpul, menggunakan, menyenggelara dan mendedahkan data anda serta bagaimana MIndLoops melindungi data peribadi anda.
Apabila anda mendaftar sebagai pelanggan, anda mungkin perlu memberikan data peribadi kepada MindLoops. Apabila anda menaik taraf akaun anda, anda dikehendaki memberikan butiran kad kredit/debit anda. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju untuk kami menggunakan data anda selaras dengan Dasar Privasi ini.
Dalam konteks ini, istilah 'anda' atau 'milik anda' dalam Dasar Privasi ini merujuk kepada mana-mana individu yang data peribadinya telah diberikan kepada MindLoops. Anda mempunyai pilihan pada bila-bila masa untuk tidak memberikan data peribadi/data peribadi sensitif atau untuk menarik balik persetujuan anda bagi MindLoops memproses data tersebut.
Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan data peribadi/data peribadi sensitif atau penarikan balik persetujuan anda mungkin menyebabkan MindLoops tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda secara berkesan dan berterusan.
Data peribadi merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau maklumat lain yang berada dalam pemilikan MindLoops termasuk sebarang data peribadi sensitif dan pandangan terhadap individu tersebut. Jenis data yang kami kumpul termasuk nama, alamat, maklumat perhubungan lain, umur, butiran kad kredit/debit untuk tujuan pembayaran, dan alamat bil tetapi tidak terhad kepada itu sahaja.
Kami memperoleh data peribadi anda melalui pelbagai cara, seperti:
- Apabila anda mendaftar sebagai pelanggan MindLoops
- Apabila anda menaik taraf keahlian kepada tahap premium
- Apabila anda menghubungi Pentadbir Sistem melalui borang maklum balas, e-mel, panggilan telefon, atau perbualan dengan kakitangan kami
- Apabila anda mengambil bahagian dalam tinjauan pengguna
- Apabila kami memperoleh data daripada pihak ketiga
- Dari sumber yang tersedia secara umum
Kami boleh memproses data anda untuk tujuan berikut:
- Untuk menilai pendaftaran anda dengan MindLoops
- Untuk menyesuaikan kandungan mengikut peranan anda
- Untuk mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda
- Untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian
- For internal function such as evaluating the effectiveness of marketing, market research, statistical analysis and modeling, reporting, audit, and risk management and to prevent fraud
Dari semasa ke semasa, anda mungkin menerima komunikasi pemasaran daripada kami mengenai produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda tidak lagi mahu menerima komunikasi pemasaran ini, sila maklumkan kepada kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti menghantar komunikasi tersebut.
Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda bagi menerima bahan komunikasi pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang disediakan dalam perkhidmatan kami.
Harap maklum bahawa setelah kami menerima pengesahan bahawa anda ingin menarik balik persetujuan, mungkin mengambil masa sehingga tujuh (7) hari bekerja untuk permintaan anda dikemaskini dalam sistem kami.
Walaupun anda memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran atau promosi, MindLoops mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain yang berkaitan dengan akaun, kemudahan, atau perkhidmatan yang anda langgani.
Data peribadi anda akan dirahsiakan. Namun, bagi memastikan penyampaian produk dan perkhidmatan yang berkesan dan berterusan serta untuk mematuhi kehendak undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data anda kepada:
- Pihak yang diizinkan oleh anda
- Agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, atau seperti yang diarahkan oleh mahkamah atau bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa kawal selia
Keselamatan data peribadi anda adalah keutamaan kami. MindLoops mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data anda. Jika kami mendedahkan data anda kepada ejen atau penyedia perkhidmatan yang diberi kuasa, kami akan memastikan mereka melindungi data tersebut dengan sewajarnya.
Kami hanya akan menyimpan data anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpul atau untuk mematuhi keperluan undang-undang, peraturan, dan dalaman. Selepas itu, kami akan memusnahkan atau memadamkan data anda secara kekal.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen, kebimbangan atau maklum balas berkaitan Dasar Privasi ini atau isu privasi lain, sila e-mel ke: [email protected]
Kami berhak untuk mengemaskini notis privasi ini pada bila-bila masa yang kami anggap perlu. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa serta-merta selepas ia dimuat naik dan diterbitkan di portal MindLoops. Penggunaan berterusan anda terhadap produk MindLoops dianggap sebagai penerimaan anda terhadap dasar privasi yang telah dikemaskini. Anda bertanggungjawab untuk sentiasa menyemak dasar privasi ini bagi sebarang kemas kini atau pindaan.