Sebuah platform yang digunakan untuk mengakses, berkongsi dan berbincang mengenai bahan mengajar, strategi dan idea bersama guru-guru yang lain.

INOVASI PINGGAN MASA DEPAN
Pernah tak anda terfikir bagaimana kita nak mengurangkan penggunaan pinggan polisterin atau pinggan plastik sewaktu jamuan kelas atau jamuan majlis hari jadi?
Apa pendapat anda sekiranya pinggan yang anda gunakan boleh dimakan?
Jom kongsikan pendapat masing-masing.

Reka Cipta Murid
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin berkongsikan keterujaan saya apabila melihat kreativiti murid dalam aktiviti reka cipta sains. Kadangkala, dengan hanya menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik dan straw, mereka berjaya menghasilkan ciptaan yang hebat.
Aktiviti reka cipta bukan sahaja mengasah kemahiran berfikir murid, malah membantu mereka memahami konsep sains dengan lebih mendalam. Saya mendapati bahan dan idea dari MindLoops banyak membantu saya merancang aktiviti sebegini. Ia menjimatkan masa dan selaras dengan DSKP.
Saya galakkan guru-guru lain untuk mencuba aktiviti reka cipta bersama murid.