Melaka merupakan negeri bersejarah setelah ia dianggap sebagai tempat asas tamadun Melayu kerana sejarah gemilang kesultanan Melayu pada abad ke-15. Pada tanggal 7 Julai 2008, UNESCO telah mengiktiraf Bandar Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dan sebagai Tapak Warisan Dunia. Tahukah anda, terdapat pelbagai peninggalan bersejarah di Melaka yang masih kekal sehingga hari ini? Peninggalan bersejarah Kota A Famosa merupakan daya tarikan utama pelancong luar dan dalam negara.
Kota A'Famosa
Kota A Famosa yang terletak di tengah Bandaraya Melaka merupakan salah satu peninggalan bersejarah sejak ratusan tahun dahulu. Kota A Famosa telah dibina pada tahun 1511 apabila Portugis berjaya menawan Melaka. Ia telah dibina hasil dari keringat buruh paksa Portugis pada ketika itu dengan tujuan menjadikan ia sebagai kubu sementara atau tembok pertahanan mereka daripada serangan orang-orang Melayu. Mereka megambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan Kota A Famosa berkenaan dan telah mengakibatkan beberapa buruh paksa yang terkorban semasa pembinaan kerana cuaca yang panas dan kekurangan bekalan makanan.
Antara Peninggalan Sejarah di Bandaraya Melaka
Gereja Christ dibina pada 1753
Kubur Belanda Sejak tahun 1641
Muzium Kapal Flor De La Mar
Explore More
Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva• Buka laman sesawang Canva (w...
Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang amat...
Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz