Vertical Line Image
Teknik Pomodoro untuk kekal fokus.
by MindLoops, 01 Feb 2024

Adakah anda pernah mencuba untuk mengulang kaji pelajaran atau menyiapkan kerja sekolah tetapi susah untuk kekal fokus? Anda mendapati;

  • Gangguan kecil pun boleh menjejaskan produktiviti sesi pembelajaran. 
  • Anda mempunyai banyak kerja yang mungkin memerlukan masa yang banyak. 
  • Anda terlalu optimistik yang anda boleh menyiapkan banyak kerja dalam sehari.

 

Anda mungkin perlu mencuba teknik Pomodoro. 

Apa itu teknik Pomodoro?

 

 

Teknik Pomodoro ialah terma yang dicipta oleh Francesco Cirillo pada tahun 1980-an. Cirillo menghadapi kesukaran untuk fokus untuk mengulang kaji dan menyiapkan tugasan. Oleh itu, beliau mencabar diri sendiri untuk melakukan tugasan dengan fokus yang sepenuhnya dalam masa 10 minit sahaja. Beliau bergegas ke dapur untuk mengambil pemasa dapur yang berbentuk tomato. Dalam bahasa Itali, tomato ialah Pomodoro. Dari situlah terciptanya teknik Pomodoro. 

Satu set Pomodoro biasanya terdiri dari 25 minit sesi belajar dan 5 minit sesi berehat

Langkah melakukan teknik Pomodoro

  1. Pastikan anda mempunyai senarai tugas dan pemasa. 
  2. Tetapkan pemasa selama 25 minit. Pemasa perlulah berdering selepas 25 minit. 
  3. Apabila tamat satu set, palangkan set yang telah tamat tersebut dan tandakan tugasan yang berjaya disiapkan. 
  4. Nikmati rehat anda selama 5 minit. 
  5. Selepas melakukan 4 set Pomodoro, rehat lebih lama iaitu 15-30 minit. 

 

Digital Timer SUNNEX M9219DT — AlatDapur

Phone Black White 25minute Timer Study Stock Photo 2322150443 | Shutterstock

Tip untuk melakukan teknik Pomodoro yang berkesan

  1. Pecahkan tugasan yang kompleks. Jika tugasan memerlukan lebih daripada 4 Pomodoro, ia perlu dipecahkan menjadi beberapa tugasan kecil dan lebih mudah. Tip ini membantu anda untuk membuat kemajuan yang jelas. 
  2. Tugasan yang kecil boleh digabungkan. Apa-apa tugasan kecil dan mudah yang boleh disiapkan dalam satu set perlu digabungkan dengan tugasan kecil lain. 
  3. Apabila pemasa Pomodoro ditetapkan, ia mesti dipatuhi. Pomodoro ialah unit masa yang tidak boleh dilanggar. Anda tidak dibenarkan menggunakan sesi Pomodoro untuk memeriksa e-mel, mesej mahupun berbual dengan rakan. Jika terdapat apa-apa mesej yang perlu dibalas, catatkan perkara itu sebagai tugasan kecil dan lakukannya di set Pomodoro yang terakhir.
  4. Jika gangguan tidak dapat dielakkan semasa sesi pembelajaran, teruskan ke sesi berehat selama 5 minit dan mula semula sesi pembelajaran tersebut. 

Mengapa teknik ini berkesan?

Teknik ini berkesan kerana ia dapat mengelakkan perasaan tertekan disebabkan tugasan yang banyak. Sebagai contoh, mengulang kaji 3 bab untuk peperiksaan mungkin terasa berat bagi sesetengah murid. Tetapi jika anda pecahkan bab tersebut kepada beberapa subtopik, ia tidaklah terlalu membebankan. 

Tambahan pula, teknik ini mampu mengekalkan tumpuan kerana tempoh masa yang singkat untuk setiap sesi pembelajaran. 

Selain itu, teknik ini mempunyai pelbagai variasi. Jika anda berasa 25 minit itu terlalu singkat untuk menyiapkan tugasan, anda boleh menggunakan set 40/5 atau 50/10. Ia juga boleh diaplikasikan untuk pembelajaran berkumpulan. 

Jadi cubalah teknik ini hari ini dan tingkatkan kemajuan diri. 


Related Category

Related Stories
Study Smart
5 langkah mengambil nota
Study Smart
Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
Study Smart
Cara Atasi Kebimbangan Menghadapi Peperiksaan
Study Smart
Teknik belajar secara berkumpulan yang berkesan

Explore More

Study Skills

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva• Buka laman sesawang Canva (w...

Tutoring

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang amat...

Engineering

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz