Vertical Line Image
Pembelajaran Berasaskan Permainan
by MindLoops, 04 Feb 2024

Bidang pendidikan pada masa kini telah melalui evolusi yang semakin meluas. Teknik dan kaedah pembelajaran juga menekankan inovasi serta penggunaan teknologi sebagai bahan dan alat pembelajaran. 

Guru-guru perlu bertindak kreatif dan inovatif dalam merancang sesi pembelajaran supaya ia tidak terbatas dengan stigma kaedah pembelajaran lampau. Murid-murid pada zaman kini pula telah didedahkan dengan penggunaan gajet dalam kehidupan seharian. Justeru, kaedah pembelajaran untuk murid pada masa kini perlu dirancang secara kreatif dan inovatif berasaskan keperluan semasa. 

Konsep pembelajaran boleh ditambah baik dengan menggabungkan elemen pembelajaran dan juga permainan. Maka, ia akan dapat menghasilkan pembelajaran berasaskan permainan yang boleh menarik minat untuk murid belajar dalam suasana menyeronokkan dan mengujakan. 

Antara contoh pembelajaran berasaskan permainan yang boleh dilaksanakan ialah seperti berikut: -

1. Maths Bingo

Bahan-bahan:

  • Dadu
  • Alat tulis
  • Kertas saiz A4 atau kad bersaiz yang sesuai

 

Cara-cara:

  • Guru boleh gunakan template petak sedia ada yang terdapat dalam carian internet untuk dicetak.
  • Sekiranya tiada, guru boleh meminta murid-murid untuk melukis petak tersebut berdasarkan contoh di papan putih. 
  • Selepas itu, minta murid-murid untuk menulis nombor pada ruangan petak tersebut bermula dari 1 hingga 25. Nombor-nombor perlu ditulis secara rawak dan bukan secara susunan. 

 

Contohnya: -

blog image
  • Kemudian, guru boleh gunakan dadu dan campakkan atas meja sebanyak 4 kali untuk menentukan nombor yang akan digunakan dalam permainan ini.Contohnya: -
  •  
    • Nombor pertama: 5
    • Nombor kedua: 1
    • Nombor ketiga: 6
    • Nombor keempat: 3

 

  • Jadi, nombor yang akan digunakan untuk pusingan tersebut ialah 5163.
  • Murid-murid perlu menggunakan angka 5163 tersebut berserta operasi matematik (tambah, tolak, darab dan bahagi) untuk mendapatkan jawapan angka yang ditulis secara rawak pada petak-petak.Contoh: -
  • (5-1) +(6x3) = 22, Jawapan operasi ini ialah 22, maka murid boleh memangkah angka 22 dalam petak tersebut.
blog image
  • Murid perlu mencari kombinasi operasi matematik yang sesuai untuk mendapatkan hasilnya yang boleh menyelesaikan BINGO pada petak seperti di bawah.
blog image

Berdasarkan rajah di atas, ia adalah gambaran bagaimana permainan itu dapat diselesaikan dengan memperoleh jawapan angka dalam petak tersebut. Bentuk susunan X dalam petak tersebut boleh menjadi melintang, menegak ataupun condong seperti dalam rajah di sebelah ini. Jika seorang murid berjaya menyelesaikannya, maka murid itu yang memenangi pusingan tersebut.


Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan dan mengujakan, namun ia secara tidak langsung mengasah kemahiran operasi mengira murid-murid melalui permainan.

2. STEM Challenge

Bahan-bahan:

  • Objek yang boleh dikitar semula (kertas, kotak, botol plastik dan seumpamanya)
  • Peralatan untuk memotong bahan (pisau kraf atau gunting)
  • Pembaris atau pita ukur
  • Peralatan untuk menyambungkan bahan seperti gam atau perekat panas (hot glue)
  • Lain-lain peralatan yang sesuai

 

               Cara-cara:

  • Tetapkan tema untuk mencipta objek atau model dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti dalam rajah di bawah: -

 

  • Contoh tema: Peralatan Sekolah
  • Kemudian, agihkan murid kepada kumpulan-kumpulan.
  • Setiap kumpulan perlu berbincang untuk membina model yang sesuai berdasarkan tema yang ditetapkan.
  • Model tersebut perlulah dibina melalui proses berperingkat, contohnya: -
blog image

Rajah proses kerja STEM Challenge

  • Guru perlu menilai tugasan pembinaan model tersebut bermula daripada proses perancangan hingga ke fasa pembinaan model dan juga pembentangan.
  • Selepas itu, bina kesimpulan hasil daripada aktiviti tersebut berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti dijalankan. 

Playing with Magnets - Repeat Crafter Me Indoor Activities For Kids ...

Contoh model yang dibina menggunakan bahan kitar semula

Berdasarkan dua contoh aktiviti di atas, diharapkan guru-guru dapat memperoleh idea-idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif untuk merancang pembelajaran berasaskan permainan bagi menarik minat murid-murid ketika sesi pembelajaran berlangsung. Pembelajaran menyeronokkan seperti ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik serta meningkatkan motivasi guru dan murid. 


Related Category

Related Stories
Curriculum & Co-curriculum
Persediaan Pengembaraan Luar
Curriculum & Co-curriculum
Cara Perbaiki Diri dalam Membuat Keputusan
Curriculum & Co-curriculum
4 Cara Bina Keyakinan Diri dalam Kepimpinan

Explore More

Study Skills

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva• Buka laman sesawang Canva (w...

Tutoring

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang amat...

Engineering

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz