Vertical Line Image
Tip Mudah Menghafal
oleh MindLoops, 23 Jan 2025

blog image

Kemahiran menghafal merupakan salah satu teknik pembelajaran yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pelajar. Namun, masih ramai juga yang menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran ini. Kebiasaannya kemahiran menghafal dilakukan untuk mengingati fakta, formula atau isi penting di dalam suatu pembelajaran.

Terdapat pelbagai teknik mudah yang dapat membantu anda meningkatkan daya ingatan. Kemahiran menghafal akan jadi menyeronokkan jika anda dapat menguasainya melalui pendekatan yang betul. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk membantu anda menghafal dengan lebih berkesan.

blog image

1. Gunakan visual/ peta minda yang menarik

  • Proses menghafal akan lebih berkesan jika anda menggunakan visual/ peta minda untuk menjelaskan idea. 
  • Gunakan ayat yang lebih pendek, padat, ringkas dan mudah difahami. 
  • Fahami idea dengan memindahkan maklumat dalam bentuk carta, graf atau diagram untuk data berbentuk numerik. 
  • Gunakan peta minda atau aliran kerja untuk menyatakan hubungan yang saling berkait antara idea tersebut.
  • Pilih visual/ peta minda yang menarik dengan penggunaan warna yang terang dan kontras.
blog image

2. Bahagikan maklumat kepada beberapa bahagian kecil

  • Kenalpasti tajuk utama dan subtajuk untuk membahagikan kandungan mengikut kesesuaian.
  • Gunakan penjelasan ringkas dalam bentuk bullet point.
  • Lebih baik jika anda menggunakan nombor atau anak panah untuk menjelaskan langkah-langkah atau susunan mengikut urutan.
blog image

3. Kuasai kemahiran interaktif atau mnemonik

  • Mnemonik adalah teknik hafalan yang melibatkan penggunaan frasa, akronim atau imej mental untuk mengaitkan maklumat yang terperinci kepada sesuatu yang lebih mudah difahami dan diingati.
  • Contoh akronim adalah seperti : 
  • KuBaDaTaTo (Kurungan, Bahagi, Darab, Tambah, Tolak) – subjek matematik dalam subtajuk Operasi Bergabung.
  • USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) – nama universiti di Malaysia
  • Contoh frasa pula seperti berikut :Mat Jenin Kena Halau Balik India Utara (Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu) – susunan nama-nama pelangi.
blog image

4. Susun atur kandungan

  • Kenalpasti maklumat yang lebih penting dan letakkannya di bahagian atas. Gunakan warna tertentu untuk menandakan bahagian yang perlu diberikan lebih perhatian.
  • Biasakan menyusun sesuatu maklumat mengikut aliran logic seperti dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah.
  • Pastikan maklumat disusun dalam ruang yang cukup dan tidak berserabut.

 

blog image

5. Ulang kaji secara konsisten

  • Pastikan anda mengulangkaji setiap nota hafalan yang telah dibuat.
  • Nota hafalan dalam bentuk infografik yang menarik dapat membantu ingatan jangka panjang anda.
  • Otak manusia lebih mudah untuk memahami dan mengingati maklumat dalam bentuk visual dan bermakna.
  • Cetak nota tersebut dan tampal di meja belajar atau di mana-mana sahaja tempat yang mudah untuk anda melihatnya setiap hari.

 

Ditulis oleh Raimy Syarafina binti Rohim


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Belajar dengan Bijak
5 langkah mengambil nota
Belajar dengan Bijak
Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
Belajar dengan Bijak
Cara Atasi Kebimbangan Menghadapi Peperiksaan
Belajar dengan Bijak
Teknik belajar secara berkumpulan yang berkesan

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz