Mencatat nota ialah salah satu cara pembelajaran yang paling berkesan untuk kegunaan anda. Mari kita terokai bersama langkah-langkah mengambil nota.
1. Mencatat nota
Ketika anda berada dalam sesi pembelajaran atau membaca bahan rujukan, ambil nota dengan aktif. Tuliskan point penting, idea utama dan contoh-contoh yang berkaitan. Pastikan nota anda mudah difahami dan tersusun dengan baik.
2. Meringkaskan
Selepas sesi pembelajaran, ambil masa untuk meringkaskan nota anda. Ringkaskan point penting menjadi ayat-ayat ringkas. Ini membantu anda memahami dan mengingat maklumat dengan baik.
3. Membaca tanpa melihat nota
Setelah anda membuat ringkasan, cuba membaca semula bahan sambil tidak melihat nota anda. Ini akan menguji kefahaman anda dan membantu anda mengingati maklumat dengan lebih baik. Jika terdapat sebarang bahagian yang tidak difahami, rujuk nota anda semula untuk mendapatkan penjelasan.
4. Merenung pembelajaran yang telah diperlajari
Setelah sesi pembelajaran selesai, ambil masa untuk merenungkan apa yang telah anda pelajari. Fikirkan bagaimana pengetahuan baru tersebut berkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Ini dapat membantu memperkuatkan pemahaman dan menghubungkan konsep-konsep yang baru dipelajari dengan pengetahuan yang telah ada.
5. Membuat semakan nota
Seterusnya, lakukan semakan berkala terhadap nota anda. Buat semakan pada waktu-waktu tertentu untuk memastikan nota anda masih relevan dan mudah difahami. Jika perlu, buat penambahbaikan atau penyesuaian kepada nota anda. Ini membantu memastikan bahawa nota anda sentiasa terkini dan berguna untuk pengulangan atau rujukan di masa hadapan.
Terokai lagi
Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...
Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...
Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz