Aktiviti kokurikulum seperti mengembara pasti menjadi satu perkara yang menyeronokkan untuk guru dan murid, apatah lagi ia melibatkan aktiviti-aktiviti yang lasak seperti masuk ke hutan dan seumpamanya. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai perancangan atau persediaan yang rapi sebelum mengembara, aktiviti bermakna tersebut mungkin akan berubah menjadi satu mimpi ngeri. Justeru, berikut merupakan antara langkah yang boleh diikuti oleh guru pembimbing, seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Tanpa persediaan yang cukup, kita mungkin akan mengalami kesukaran kelak.
1. Peta dan navigasi
Pastikan anda memiliki peta lokasi yang akan anda jelajahi. Anda juga boleh menggunakan GPS atau aplikasi peta di telefon bimbit sebagai bantuan navigasi.
2. Kelengkapan dan pakaian
Tenda: Pilih tenda yang sesuai dengan keperluan anda dan sesuai dengan iklim tempat yang akan anda kunjungi.
Beg tidur: Pilih beg tidur (sleeping bag) yang sesuai dengan suhu di kawasan tersebut.
Peralatan Memasak: Bawa peralatan memasak ringan seperti kompor mudah alih, panci dan alat makan.
Pakaian: Sesuaikan pakaian dengan kondisi cuaca. Bawa pakaian hangat jika cuaca dingin dan pakaian ringan serta alat pelindung sinar matahari jika cuaca panas.
Kasut dan Kelengkapan Kalis Air: Pastikan anda memakai kasut yang selesa untuk berjalan di lokasi yang berbeza-beza. Begitu juga dengan kelengkapan kalis air yang lain seperti baju hujan dan penutup kasut.
3. Makanan dan minuman
Makanan: Bawa makanan ringan dan makanan yang mudah dimasak seperti bar tenaga, kekacang dan makanan segera.
Air: Pastikan anda memiliki bekalan air minuman yang mencukupi. Sekiranya terdapat sumber air di sekitar lokasi yang anda menetap, anda juga boleh membawa sistem tapisan air.
4. Peralatan keselamatan
Bawa kit pertolongan cemas untuk digunakan sekiranya berlaku kecederaan yang kecil.
5. Kelengkapan tambahan
Pisau lipat: Berguna untuk pelbagai keperluan apabila berada dalam situasi yang tidak dijangka.
Lampu suluh kepala: Penting untuk memberikan pencahayaan ketika melakukan kegiatan di malam hari.
Powerbank: Pastikan anda mempunyai powerbank untuk mengecas bateri GPS atau telefon bimbit.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz