Vertical Line Image
4 Cara Bina Keyakinan Diri dalam Kepimpinan
oleh MindLoops, 18 Dec 2023

Kemahiran kepimpinan sangat penting dan perlu dikuasai oleh setiap guru mahupun murid. Bagi seorang murid, lazimnya kemahiran ini banyak diterapkan sewaktu aktiviti kokurikulum dilaksanakan khususnya secara berkumpulan. Namun, tidak semua individu tersebut mempunyai tahap keyakinan yang tinggi semasa menjadi seorang ketua. Jom kita pelajari cara membina keyakinan diri sebagai seorang ketua!

blog image

1. Bangkitkan kesedaran diri.

Fahami kekuatan, kelemahan dan bidang yang perlu diperbaiki oleh diri anda. Selain itu, anda perlu sentiasa memerhatikan gaya kepimpinan, nilai dan kepercayaan anda sebagai refleksi. Kesedaran diri ini akan membantu anda mengenal pasti kekuatan yang anda perlukan untuk membina keyakinan.

2. Tetapkan matlamat yang jelas.

Tentukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda sebagai pemimpin. Menetapkan matlamat yang jelas akan memberi anda mengenal tujuan dan hala tuju anda. Bahagikan matlamat anda kepada langkah yang lebih kecil dan mudah untuk diuruskan.

3. Teruskan belajar dan mencari pengalaman.

Anda perlu belajar mencari kelemahan diri anda dan berusaha memperbaiki kelemahan. Keyakinan datang apabila seseorang itu tahu bahawa tindakan yang dilakukan olehnya betul dan tepat. Oleh itu, cari peluang untuk mempelajari kemahiran baharu, menghadiri bengkel atau seminar, membaca buku atau mengikuti kursus dalam talian mengenai kepimpinan dan pengurusan.

4. Latih komunikasi secara berkesan.

Sebagai seorang pemimpin atau ketua, anda perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menjadikan anda seorang pemimpin yang mampu menjalankan tanggungjawab dan tugas dengan efektif. Secara tidak langsung, keyakinan diri anda ketika berkomunikasi di khalayak ramai akan meningkat.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kurikulum & Kokurikulum
Persediaan Pengembaraan Luar
Kurikulum & Kokurikulum
Cara Perbaiki Diri dalam Membuat Keputusan
Kurikulum & Kokurikulum
Pembelajaran Berasaskan Permainan

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz