Fakta menarik psikologi kanak-kanak

1. Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan prasekolah, mereka sudah mula melihat diri mereka sendiri sebagai individu.
Dalam fasa ini, kanak-kanak sudah memiliki sifat pentingkan diri, cepat marah, kedekut serta akan mengamuk jika barang kepunyaannya diambil atau diganggu oleh orang lain. Tetapi, ibu bapa tidak perlulah risau kerana perkara sebegini menunjukkan perkara positif yang sedang berlaku. Kanak-kanak sedang belajar tentang keperibadian mereka iaitu individuality. Mereka sudah mula mempelajari bahawa manusia ini mempunyai kemahuan serta keperluan yang berbeza-beza. Pada tahap ini, kemahiran kognitif kanak-kanak sudah mula berkembang iaitu proses pengetahuan, pemikiran serta intelektual kanak-kanak sedang meningkat. Justeru itu, para ibubapa tidak perlu memarahi anak-anak mereka sekiranya anak mereka mempunyai sifat sebegitu, malah ibu bapa perlu berhikmah dalam mengajar anak mereka tentang sifat bertolak ansur serta berkongsi.

2. Kanak-kanak boleh memahami percakapan kita walaupun masih belum pandai bercakap.
Walaupun si kecil masih tiada apa-apa reaksi serta masih tidak pandai bercakap semasa berkomunikasi dengan mereka, mereka sebenarnya telah belajar dengan hanya mendengar suara daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, anak-anak kecil ini telah menyimpan ke dalam otak mereka berpuluh sehingga ratusan perbendaharaan kata dengan hanya mendengar dari sekeliling mereka. Kanak-kanak seawal umur 2 tahun telah menyimpan sebanyak 70-300 perkataan di dalam otak mereka. Mereka juga sudah mula memahami percakapan kita walaupun masih tidak pandai bercakap. Justeru itu, ibubapa yang sering berkomunikasi serta menyanyi kepada anak mereka dapat mengurangkan risiko lambat bercakap ataupun ‘delayed speech’.

3. Permainan outdoor (luaran) penting untuk kanak-kanak.
Kemahiran intelektual kanak-kanak yang sering melakukan aktiviti luaran lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang hanya menghabiskan aktivitinya di rumah sahaja ataupun di kawasan bertutup. Saranan daripada pakar perkembangan kanak-kanak adalah, kanak-kanak perlu diberikan hak untuk merasai aktiviti-aktiviti luaran minimum selama 1 jam setiap hari. Kaedah ini adalah antara yang paling efektif untuk kanak-kanak mempelajari kemahiran hidup iaitu life skills untuk mengenali potensi diri mereka sendiri.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz