Vertical Line Image
Membentuk Kerangka Minda
oleh MindLoops, 03 Jul 2023

Kerangka Minda adalah corak pemikiran yang menjadi asas dan dasar kepada pembentukan sikap, tingkah laku dan perbuatan seseorang manusia. Menurut Carol Dweck, seorang ahli psikologi di Universiti Standfort mengatakan bahawa kerangka minda terbahagi kepada dua; kerangka minda bercambah (growth mindset) dan kerangka minda terbelenggu (fixed mindset). 

blog image

Seseorang yang mempunyai kerangka minda bercambah mempercayai dan menganggap bakat, potensi dan keupayaan boleh dipertingkatkan dan dibangunkan selagi mana masih ada kemahuan, kegigihan dan usaha yang berterusan. Malah, mereka melihat setiap kesalahan sebagai peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menambah pengalaman.

blog image

Manakala, seseorang yang mempunyai kerangka minda terbelenggu pula mengatakan seseorang manusia itu lahir dengan bakat dan potensi sedia ada dalam diri. Ia telah ditetapkan dan tidak berubah. Seseorang yang mempunyai pola pemikiran sedemikian akan sentiasa pasrah dan tidak berdaya saing.

Kerangka minda memainkan peranan dalam membentuk corak pemikiran anak-anak sejak daripada awal usia. Melalui kerangka minda itulah menentukan bagaimana seseorang itu menangani kegagalan, halangan dan cabaran, teguran serta kejayaan orang di sekelilingnya.

Mari kita lihat TIGA aktiviti yang dapat membantu untuk membentuk kerangka minda bercambah dalam pemikiran anak-anak.

1- Membaca buku atau menonton cerita – Membaca cerita yang menceritakan tentang cabaran atau kesusahan. Ajak anak-anak anda untuk mengenal pasti cabaran dan bagaimana individu tersebut mengatasi dan menangani situasi tersebut.

2- Ambil tahu masalah anak-anak – Sebagai ibu bapa, kita hendaklah meluangkan satu masa bersama dengan anak-anak untuk bertanyakan kepada mereka masalah yang mereka hadapi sepanjang hari tersebut dan cara mereka mengatasi serta refleksi terhadap apa yang mereka lalui

3- Cuba sesuatu yang baru – Galakkan anak-anak anda untuk mencuba atau melakukan sesuatu yang baru sama ada permainan baru atau sukan baru atau melawati tempat baru atau apa saja yang baru untuk membantu pencambahan fikiran mereka.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kanak-kanak
Adab Terhadap Haiwan
Kanak-kanak
Tip Membina Jadual Harian
Kanak-kanak
Tips Penjagaan Songkok
Kanak-kanak
Tip Menanam Pokok

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz