Vertical Line Image
Memahami Perkembangan Positif Anak
oleh MindLoops, 03 Jan 2024

Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun, mereka sudah mula melihat diri mereka sendiri sebagai individu

Dalam fasa ini, kanak-kanak sudah memiliki sifat pentingkan diri, cepat marah, kedekut serta akan mengamuk jika barang kepunyaannya diambil atau diganggu oleh orang lain. Tetapi, ibu bapa tidak perlulah risau kerana perkara sebegini menunjukkan perkembangan positif dalam diri anak anda. Kanak-kanak yang sedang belajar tentang keperibadian mereka disebut sebagai individuality. Mereka sudah mula mempelajari bahawa manusia ini mempunyai kemahuan serta keperluan yang berbeza-beza. Pada tahap ini, kemahiran kognitif kanak-kanak sudah mula berkembang iaitu proses pengetahuan, pemikiran serta intelektual kanak-kanak sedang meningkat. 

blog image

Justeru, para ibu bapa tidak perlu memarahi anak anda sekiranya mereka mempunyai sifat sebegitu, malah ibubapa perlu bijaksana dan berhikmah dalam mengajar anak mereka tentang sifat bertolak ansur serta berkongsi.

Kanak-kanak boleh memahami percakapan kita walaupun masih belum pandai bercakap

Walaupun si kecil masih tiada apa-apa reaksi serta masih belum pandai bercakap semasa anda berkomunikasi dengan mereka, sebenarnya mereka telah belajar dengan hanya mendengar suara daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, anak-anak kecil ini telah menyimpan ke dalam otak mereka berpuluh sehingga ratusan perbendaharaan kata dengan hanya mendengar dari sekeliling mereka. 

blog image

Tahukah anda, kanak-kanak seawal umur 2 tahun telah menyimpan sebanyak 70-300 perkataan di dalam otak mereka? Oleh itu, ibubapa yang sering berkomunikasi serta menyanyi kepada anak mereka dapat mengurangkan risiko lambat bercakap ataupun ‘delayed speech’

Permainan outdoor penting untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak

blog image

Kemahiran intelektual kanak-kanak yang sering melakukan aktiviti luaran lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang hanya menghabiskan aktivitinya di rumah sahaja ataupun di kawasan bertutup. Saranan daripada pakar perkembangan kanak-kanak adalah kanak-kanak perlu diberikan hak untuk merasai aktiviti-aktiviti di luar minimum selama 1 jam setiap hari. Kaedah ini adalah antara yang paling efektif bagi kanak-kanak mempelajari kemahiran hidup iaitu life skills untuk mengenali potensi diri mereka sendiri. 

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam setiap fasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Jangan lepaskan peluang untuk bersama anak anda bagi membantu serta menyokong perkembangan minda mereka.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kanak-kanak
Membentuk Kerangka Minda
Kanak-kanak
Adab Terhadap Haiwan
Kanak-kanak
Tip Membina Jadual Harian
Kanak-kanak
Tips Penjagaan Songkok

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz