Vertical Line Image
Atasi Konflik Dengan Anak Tanpa Emosi
oleh MindLoops, 18 Jun 2023

Hubungan ibu bapa dengan anak tentu tidak terlepas daripada pertengkaran atau konflik. Pertengkaran atau konflik dengan anak biasanya muncul kerana adanya perbezaan pendapat atau plilihan antara anak dan ibu bapa. Konflik dapat dipengaruhi oleh cara ibu bapa menangani dan mengelola interaksi yang terjadi dengan anak. Berikut merupakan cara ibu bapa menghadapi konflik dengan anak agar tidak berlanjutan. 

blog image

1. Kendali emosi.

Perilaku anak disaat konflik sedang terjadi akan membuatkan ibu bapa berasa kesal. Namun, menyingkap hal ini, sebagai ibu bapa, anda perlu tenang. Sekiranya anda mengekspresikan emosi pada waktu yang salah akan menyebabkan situasi menjadi lebih rumit. Sebaiknya, apabila emosi anak anda sedang memuncak, minta mereka masuk ke bilik terlebih dahulu bagi mengambil waktu untuk menenangkan diri. 

2. Berkomunikasi dengan baik.

Ibu bapa dan anak perlu saling mengutarakan pandangan dan harapan masing-masing dan jelaskan mengapa anda mempunyai pemikiran yang berbeza. Pastikan anak anda juga menyampaikan pendapat dan pandanganya. Sebagai ibu bapa, hargai apa jua pendapatnya dengan tidak memotong perbicaraannya, walaupun mungkin anda sudah mengetahui jawapannya. Anda sebaiknya menjadi pendengar yang baik ketika mereka mengutarakan pandangan. 

3. Biar anak terima akibat.

Sebagai ibu bapa, anda pasti akan menentukan hal-hal yang baik untuk anak-anak anda. Namun demi kepentingan diri anda dan anak, ibu bapa juga harus memberikan kebebasan kepada mereka untuk memilih. Ini kerana, sekiranya anak anda menginginkan sesuatu perkara yang berbeza dengan anda, maka anda perlu mengizinkannya. Perkara ini akan membuatkan anak menjadi lebih mendengar walaupun anda harus merelakan kesan daripada pilihannya. 

4. Cari penyelesaian bersama-sama.

Sebarang konflik anda dengan anak, cari jalan penyelesaiannya bersama. Penyelesaian ini boleh berupa kesepakatan antara ibu bapa dan anak seperti “Boleh belajar sebentar hari ini, tapi esok harus belajar lebih lama.” Ia membangunkan kesepakatan yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak, harapannya agar dapat menjadi penyelesaian terbaik untuk anda dan anak anda. 

5. Saling memaafkan.

Ibu bapa dan anak, kedua-duanya pasti pernah melakukan kesalahan, baik yang sengaja mahupun tidak sengaja. Oleh kerana itu, anda sebagai ibu bapa harus belajar menerima dan sentiasa bersifat terbuka untuk saling memaafkan setiap kesalahan yang dilakukan. Begitu juga dengan peranan anak, ibu bapa perlu memberikan perhatian bahawa memaafkan orang lain termasuk ibu bapa itu penting agar konflik dapat diredakan dengan cepat.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kemahiran Keibubapaan
Teknik Komunikasi dengan Anak
Kemahiran Keibubapaan
Bagaimana Menjadi Pendengar yang Aktif?
Kemahiran Keibubapaan
Impak Positif Mainan Fizikal Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak
Kemahiran Keibubapaan
Tip Berkomunikasi dengan Anak

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz