Vertical Line Image
Bagaimana Menjadi Pendengar yang Aktif?
oleh MindLoops, 08 Feb 2023

Tip Menjadi Pendengar yang Aktif

Komunikasi yang berkesan dalam kalangan keluarga adalah penting untuk membina hubungan yang kukuh. Satu aspek penting dalam komunikasi ialah menjadi pendengar yang aktif.  Ibu bapa perlu menjadi seorang pendengar yang aktif dalam membentuk peribadi positif dalam diri anak-anak mereka. Jadi, jom kita pelajari tip untuk menjadi pendengar yang aktif! 
 

blog image

1. Berikan perhatian yang penuh

Apabila kita bercakap atau berkomunikasi dengan ahli keluarga terutama anak-anak, kita hendaklah memberikan perhatian yang penuh tentang apa yang mereka perkatakan. Selain itu, kita juga mestilah menunjukkan sikap ambil berat terhadap mereka. Komunikasi yang berkesan adalah apabila seseorang itu menunjukkan sikap empati dan sentiasa memberi sokongan  

2. Elakkan dari mengganggu

Sekiranya seseorang sedang bercakap dengan kita, elakkan untuk mengganggu percakapan tersebut. Anda perlu tunggu sehingga apa yang diperkatakan selesai. Untuk menjadi pendengar yang baik, anda perlu mendengar rintihan dan luahan perasaan mereka. Kemudian, berikan nasihat dan pendapat yang terbaik buat mereka. 

3. Amalkan komunikasi bukan lisan

Komunikasi bukan lisan membantu anda untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Contohnya, melontarkan senyuman, mengangguk kepala sambil mendengar luahan mereka dan menunjukkan mimic muka yang positif. Ini dapat membantu anda untuk menjadi seorang pendengar yang aktif kerana orang lain akan berasa sangat selesa dan suka untuk bercakap dengan kita. 

4. Melatih sikap empati

Empati memainkan peranan penting dalam mendengar secara aktif. Cuba fahami perspektif, emosi dan kebimbangan mereka. Letakkan diri anda pada kedudukan mereka dan fahami perasaan mereka. Balas dengan empati dan sokongan dapat mewujudkan ruang yang selamat untuk mereka meluahkan perasaan mereka. 


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kemahiran Keibubapaan
Atasi Konflik Dengan Anak Tanpa Emosi
Kemahiran Keibubapaan
Teknik Komunikasi dengan Anak
Kemahiran Keibubapaan
Impak Positif Mainan Fizikal Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak
Kemahiran Keibubapaan
Tip Berkomunikasi dengan Anak

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz