Pengurusan bilik darjah adalah penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan serta dapat menarik minat murid. Jom kita pelajari teknik berkesan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam kelas.
Tip Meningkatkan Penglibatan Pelajar Dalam Kelas
1. Melaksanakan aktiviti Hands-on
Aktiviti ini sangat membantu dalam meningkatkan penglibatan para pelajar. Hal ini demikian, kerana para pelajar mudah bosan dengan pembelajaran teori di dalam kelas apatah lagi jika pendekatan pengajaran guru adalah kaedah tradisional. Aktiviti-aktiviti hands-on ini adalah seperti eksperimen sains, projek dan sebagainya. Ia merupakan pembelajaran melalui pengalaman langsung dan dapat meningkatkan kefahaman serta minat pelajar.
2. Menggabungkan penggunaan teknologi dalam pengajaran
Kaedah atau pendekatan pengajaran tradisional dilihat kurang berkesan terhadap para pelajar kerana ianya sangat membosankan. Sekiranya pendekatan atau strategi pengajaran itu tidak menarik, maka penglibatan pelajar tidak dapat ditingkatkan. Oleh itu, penggunaan teknologi yang sesuai sangat membantu untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas. Antara teknologi yang boleh digunakan oleh guru adalah perisian pembelajaran interaktif, permainan digital berasaskan subtopik, video, animasi dan sebagainya.
3. Gunakan pendekatan pembelajaran secara berkumpulan
Pembelajaran secara berkumpulan atau cooperative learning adalah suatu kaedah pengajaran yang melibatkan pelajar untuk bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk mencapai matlamat yang sama. Pembelajaran secara berkumpulan dapat membantu meningkatkan keterlibatan pelajar dalam kelas kerana mereka dapat belajar dari rakan sebaya dan mempunyai kesempatan untuk berinteraksi dan berkongsi idea dengan yang lain.
4. Gunakan strategi pengajaran yang pelbagai
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Oleh itu, strategi yang pelbagai perlu digunakan oleh guru bergantung pada situasi, tahap dan kemampuan pelajar. Apabila pelajar didedahkan kepada kaedah pengajaran yang berbeza, mereka lebih cenderung untuk terus terlibat dan bermotivasi sepanjang pembelajaran berlangsung.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz