Gangguan bilik darjah merupakan isu yang sering berlaku dalam sistem pendidikan hari ini. Ia merujuk kepada sebarang bentuk gangguan yang berlaku di dalam bilik darjah, termasuklah gangguan dari murid, masalah tingkah laku, masalah sosial dan lain-lain. Isu ini boleh memberi kesan negatif kepada pembelajaran dan prestasi akademik murid-murid. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah gangguan bilik darjah demi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan efektif untuk semua murid. Jom kita pelajari beberapa tip di bawah!

1. Mengenal Pasti Jenis Gangguan Bilik Darjah
Langkah pertama dalam menguruskan gangguan bilik darjah adalah guru perlu memahami dan mengenalpasti jenis gangguan yang berlaku. Antara gangguan yang biasa berlaku di dalam bilik darjah adalah murid-murid yang sentiasa berbual-bual, menggunakan alat elekronik seperti telefon pintar dan murid yang sentiasa berkhayal atau tidak fokus. Setelah gangguan tersebut telah dikenalpasti, guru perlu merangka jalan penyelesaian mengikut kesesuaian jenis gangguan.

2. Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Positif
Guru perlu menggalakkan murid-murid mereka untuk sentiasa menghormati dan berkerjasama antara satu sama lain. Guru juga perlu melakukan pujian terhadap para pelajarnya yang menunjukkan kelakuan yang baik dan pencapaian akademik yang cemerlang. Usaha-usaha seperti ini dapat membantu meningkatkan keterlibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Menetapkan Jangkaan yang Jelas
Guru perlu memastikan bahawa para pelajarnya memahami setiap apa yang diharapkan dan dijangkakan oleh guru mereka sendiri dalam konteks tingkahlaku dan prestasi akademik mereka. Guru juga perlu menetapkan peraturan serta menjelaskan denda atau akibat jika peraturan dilanggar oleh para pelajar.

4. Menggunakan Teknik Penyampaian Pengajaran yang Pelbagai
Guru perlu memahami bahawasanya setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu menggunakan Teknik penyampaian pengajaran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan keadaan.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz