Vertical Line Image
Susun Atur Kelas PAK 21
oleh MindLoops, 04 Apr 2024

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, definisi Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) ialah proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti dan disertakan bersama aplikasi nilai murni dan etika.

Suasana dalam bilik darjah memainkan peranan penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selari dengan peredaran zaman yang semakin maju, suasana dan keadaan dalam bilik darjah juga mengalami transformasi yang berbeza berbanding era sebelumnya. 

Antara perkara penting yang perlu diterapkan oleh guru di sekolah ialah susun atur meja di dalam kelas berasaskan Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21).

Berikut ialah beberapa contoh atur bilik darjah yang boleh diaplikasikan

Susun Atur 1

blog image

Aplikasi:

  • Murid yang lemah dalam kelas dan murid yang boleh menjadi pembimbing rakan perlu duduk di kedudukan yang hampir dengan guru. (M1-M4)
  • Susunan ini membolehkan murid berkolaborasi, berkomunikasi dan meningkatkan kemahiran pembelajaran mereka bersama-sama.

Susun Atur 2

blog image

Aplikasi:

  • Kategori murid PERMATA (Pelajar Malas Tidak Aktif) perlu diletakkan di kedudukan hampir dengan guru. (M1-M12)
  • Kedudukan M1-M12 boleh digilirkan bergantung kepada subjek yang tidak dikuasai oleh murid tersebut. 
  • Ruang aktiviti di sebelah kiri dan kanan amat sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti gallery walk, roam the room dan banyak lagi.

Susun Atur 3

blog image

Aplikasi:

  • Susunan ini dapat membantu guru untuk melaksanakan aktiviti kumpulan berempat di dalam kelas. 
  • Murid-murid dapat melakukan aktiviti berkumpulan dengan lebih mudah dan berkesan.

Susun Atur 4

blog image

Aplikasi:

  • Susunan meja seperti ini bertujuan untuk memudahkan aktiviti seperti pembentangan atau demonstrasi diadakan di bahagian ruangan tengah bilik darjah tersebut. 
  • Murid dan guru dapat melihat dan fokus kepada pembentangan yang dibentangkan oleh setiap kumpulan di ruangan tersebut.
  • Sesi soal jawab juga boleh dilaksanakan dengan baik kerana ia memudahkan pembentang bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain.

Susun Atur 5

blog image

Aplikasi:

  • Susunan ini sesuai digunakan untuk jumlah murid di dalam bilik darjah yang melebihi 20 orang.
  • Ia bertujuan untuk memberikan murid dan guru ruang yang sesuai di tengah-tengah untuk melakukan aktiviti pembentangan atau aktiviti berkumpulan yang bersesuaian.
  • Papan putih mudah alih diperlukan untuk susun atur sebegini. 

Dengan perkongsian ini, diharapkan ia dapat menjadi panduan kepada para guru untuk mengatur susunan meja di dalam kelas mereka agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang dinamik dan menyeronokkan.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Pengurusan Bilik Darjah
Tip Meningkatkan Penglibatan Murid Dalam Kelas
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan Gangguan Bilik Darjah Berkesan
Pengurusan Bilik Darjah
Kesihatan Mental
Pengurusan Bilik Darjah
Laungan Bilik Darjah (Student Shout Out)

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz