Vertical Line Image
Manfaat Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
oleh MindLoops, 12 Sep 2024

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam peredaran zaman. Dari zaman ke zaman, ia berevolusi dan bercambah kepada pelbagai fungsi. Dalam dunia pendidikan, teknologi juga memainkan peranannya tersendiri untuk membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih seronok, menarik dan efektif. 

Penggunaan teknologi di dalam kelas amatlah digalakkan pada masa kini. Ia mempunyai banyak manfaatnya terhadap guru dan murid. Berikut ialah beberapa manfaat jika guru-guru menerapkan penggunaan teknologi di dalam kelas: -

blog image

1. Akses maklumat dengan mudah.

  • Teknologi memudahkan kita untuk mengakses maklumat dengan lebih pantas. Melalui teknologi, maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari sahaja. Sebagai contoh, guru boleh meneroka topik pembelajaran, latih tubi, lembaran kerja dan juga kuiz dengan lebih pantas.

 

2. Suasana belajar yang seronok.

  • Sesi pembelajaran yang interaktif melalui video, permainan dan aplikasi dapat mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan. Teknologi mengubah suasana belajar tradisional kepada suasana belajar yang mengujakan.

 

3. Pembelajaran secara kendiri.

  • Melalui teknologi, murid boleh menggunakannya untuk belajar secara kendiri. Sebagai contoh, murid boleh menyusun atur topik atau latihan yang hendak dipelajarinya melalui aplikasi. Aplikasi tersebut kemudiannya boleh menyusun atur pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan murid tersebut. Ia boleh digunakan oleh murid ketika musim cuti persekolahan ataupun ketika tiada di sekolah secara fizikal. 

 

4. Meneroka ilmu baru.

  • Dengan teknologi, ia membolehkan guru dan murid meneroka ilmu pengetahuan baru yang berguna untuk perkembangan minda dan perkongsian ilmu. Sebagai contoh, ilmu pengetahuan tentang pemprograman komputer (computer programming) secara dalam talian juga dapat membantu guru dan murid untuk menambah ilmu pengetahuan mereka. 

 

5. Menjimatkan penggunaan kertas.

  • Dengan menggunakan teknologi, ia secara tidak langsung dapat menggalakkan penjimatan penggunaan kertas sebagai bahan cetak. Sebagai contoh penggunaan buku teks digital dapat mengurangkan penggunaan kertas dalam dunia pendidikan kini. Lembaran kerja secara dalam talian juga menyumbang kepada penjimatan kertas. Sekaligus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

 

Penggunaan teknologi sebenarnya sebagai pemudah cara untuk guru dan murid di sekolah. Seharusnya penggunaan teknologi ini diperluas dalam kalangan guru dan murid supaya kualiti pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan kepada tahap yang lebih baik.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Pengurusan Bilik Darjah
Tip Meningkatkan Penglibatan Murid Dalam Kelas
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan Gangguan Bilik Darjah Berkesan
Pengurusan Bilik Darjah
Kesihatan Mental
Pengurusan Bilik Darjah
Laungan Bilik Darjah (Student Shout Out)

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz