Anak-anak akan mengalami peralihan usia. Perkembangan emosi dan kognitif juga akan meningkat. Oleh itu, terdapat beberapa tips untuk ibu bapa mendidik anak yang meningkat remaja.

1. Menjadi pendengar yang baik.
Anak-anak yang akan memasuki alam remaja menghadapi banyak perubahan dari segi diri, pergaulan dan perasaan. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak ketika mereka bertanya atau menyatakan masalah dan kesusahan yang dilalui.

2. Menjadi contoh yang baik kepada anak
Anak-anak sentiasa menjadikan ibu bapa sebagai idola mereka. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa sentiasa menghormati orang tua dan bersalaman ketika bertemu di hadapan anak-anak.
3. Menghormati privasi anak
Anak-anak yang meningkat remaja memerlukan privasi yang perlu dihormati oleh ibu bapa. Sebagai contoh, ibu bapa perlu mengetuk pintu sebelum memasuki bilik anak-anak. Hal ini akan menjadikan anak-anak terbiasa dengan situasi tersebut sehingga dewasa.

4. Mengenali rakan anak-anak
Ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak agar mudah untuk memantau pergaulan mereka ketika usia meningkat remaja. Ia juga dapat menimbulkan perasaan dihargai oleh anak-anak tetapi jangan terlalu melarang anak untuk bergaul kerana ia akan mengurangkan tahap keyakinan diri anak-anak.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz