Amalan menjimatkan tenaga elektrik dapat menyumbang kepada pengurangan karbon dioksida dan perubahan kepada iklim. Jadi mari kita amalkan tip untuk menjimatkan tenaga elektrik di rumah.

1. Keringkan pakaian dengan cahaya matahari. Ini akan membuatkan pakaian anda tahan lebih lama dan bau juga lebih segar.

2. Tutup suis komputer jika tidak digunakan. Selain manusia, komputer juga perlu mempunyai waktu untuk berehat.
3. Tutup lampu di siang hari. Gunakan cahaya semulajadi. Ini kerana pencahayaan semulajadi baik untuk kesihatan mata anda.

4. Luangkan lebih masa bersama keluarga. Lupakan seketika kesemua gajet yang anda perolehi.

5. Kumpulkan dan gosok baju dengan kuantiti yang banyak setiap minggu.
6. Pastikan cucian penuh. Kumpulkan baju untuk penggunaan mesin basuh yang optimum.

7. Jimatkan tenaga, pastikan barangan di dalam peti sejuk anda tersusun kemas dan kurangkan kekerapan membuka peti sejuk.

8. Gunakan lampu LED untuk penjimatan dan kelestarian bersama.

9. Pastikan semua pintu dan tingkap tertutup rapi ketika menggunakan penghawa dingin.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz