Vertical Line Image
Kedudukan Planet
oleh MindLoops, 07 May 2023

blog image

Planet-planet dalam sistem suria

Planet Utarid

  • Paling dekat dengan matahari.
  • Planet terkecil dalam sistem suria.
  • Permukaan Utarid lebih kurang sama dengan permukaan bulan.
  • Ketiadaan atmosfera.

Planet Zuhrah

  • Planet kedua terdekat dengan matahari.
  • Dikenali sebagai planet rumah hijau
  • Berputar dari timur ke barat.
  • Saiz dan usia sama dengan Bumi.

Planet Bumi

  • Planet ketiga dari matahari.
  • Merupakan satu-satunya tempat di alam semesta yang dihuni makhlup hidup.
  • Mempunyai lapisan udara.
  • Lebih 71% kawasan diliputi air dan 29% terdiri daripada daratan.

Planet Marikh

  • Planet keempat yang dikenali sebagai Planet Merah.
  • Mempunyai dua bulan, iaitu Phobos dan Demos.
  • Hanya mempunyai keluasan 25% permukaan bumi dan 10% jisim bumi
  • Kawasan lebih cerah dilitupi oleh debu dan pasir kemerahan. Kawasan kutub mengandungi ais beku dan karbon dioksida.

Planet Musytari

  • Planet kelima dari matahari dan planet terbesar.
  • Jisimnya hampir 320 kali ganda daripada jisim Bumi.
  • Menjadi pelindung kepada bumi kerana mampu memesongkan objek besar daripada melanggar bumi dengan daya graviti yang sangat kuat.

Planet Zuhal

  • Planet keenam dari matahari dan planet kedua terbesar.
  • Planet gergasi bergas.
  • Mempunyai sistem gelang atau cecincin yang terdiri daripada ais dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu.
  • Sebanyak 62 bulan yang ditemukan.

Planet Uranus 

  • Planet ketujuh dari matahari.
  • Unsur pertama di bahagian dalam Uranus ialah ais dan batu.
  • Paksi putarannya condong ke sisi iaitu hamper selari dengan orbitnya.
  • Mengambil masa 84 tahun (waktu bumi) untuk mengelilingi matahari. 

Planet Neptun

  • Planet kelapan dari matahari.
  • Planet gergasi bergas
  • Mengambil masa 165 tahun (waktu bumi) untuk mengelilingi matahari.
blog image

Cara menghafal kedudukan planet

Cara mudah untuk menghafal kedudukan planet daripada matahari adalah dengan menggunakan akronim iaitu dengan menggunakan huruf awal bagi mengingati sesuatu perkara.

PlanetCara1  Cara 2Cara 3
UtaridUstazahUstazUstazah
ZuhrahZuraidahZuraidahZuhrah
BumiBungkusBawaBungkus
MarikhMakananMotorMi
MusytariMasaMerahMasa
ZuhalZohorZiarahZohor
UranusUntukUstazahUntuk
NeptunNenekNurNoraini


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Remaja
Tips Penjagaan Kulit Muka Untuk Remaja
Remaja
Tips Memupuk Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Remaja
Tip Mempelajari Bahasa Baru
Remaja
Cara Bijak Menjimatkan Tenaga Elektrik di Rumah

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz