Vertical Line Image
Tip Melanjutkan Pelajaran ke Menara Gading
oleh MindLoops, 04 Aug 2024

Universiti merupakan satu sasaran atau impian seseorang pelajar dalam usaha memastikan diri mereka berjaya menceburi kerjaya yang mereka impikan. Bagi melayakkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, usaha perlu sentiasa ditingkatkan seiring dengan sasaran yang jelas. Jom kita pelajari tips-tips penting untuk melayakkan diri ke menara gading! 

1. Sasar kecemerlangan dalam setiap peperiksaan

Kemasukan ke universiti bukan satu perkara atau proses yang mudah bagi seseorang pelajar kerana persaingan yang sentiasa tinggi dalam kalangan para pelajar itu sendiri. Maka, pastikan kecemerlangan dapat dicapai dalam setiap peperiksaan terutama dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

2. Kenal pasti kerjaya yang diminati

Pastikan para pelajar meletakkan sasaran untuk melanjutkan pembelajaran ke universiti berdasarkan kerjaya yang diminati. Luangkan masa untuk menyertai pelbagai program-program bina kerjaya yang dianjurkan oleh sekolah atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi membuka minda dan meluaskan pandangan anda. Bidang dan kerjaya yang ingin diceburi mestilah seiring dengan minat dan kesesuaian diri anda.

3. Berdiri teguh dengan pegangan dan keputusan tersendiri

Sesetengah pelajar membuat keputusan untuk menceburi sesuatu bidang hanya kerana ingin mengikut jejak langkah rakan-rakan. Akibatnya, para pelajar mudah mendapat tekanan dan tidak mempunyai hala tuju dalam bidang yang mereka ceburi. Kita perlu berdiri teguh dengan pendirian serta minat dan kebolehan diri sendiri dalam menentukan keputusan serta jangan mudah berputus asa dalam setiap cabaran yang dihadapi. 


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Remaja
Tips Penjagaan Kulit Muka Untuk Remaja
Remaja
Tips Memupuk Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Remaja
Kedudukan Planet
Remaja
Tip Mempelajari Bahasa Baru

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz