Sebagai seorang guru, kita perlu berusaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran murid yang optimum. Memahami prinsip psikologi yang mempengaruhi keberkesanan dalam pembelajaran murid dapat memberi kesan yang ketara terhadap perjalanan pendidikan mereka. Jom kita ikuti 4 prinsip utama psikologi yang dapat membantu meningkatkan pembelajaran dan penglibatan murid.

1. Ulangan berjarak
Teknik pengulangan berjarak membantu mengukuhkan pembelajaran murid. Misalnya, latihan mengulang kaji pelajaran adalah lebih baik dilakukan berbanding memberikan maklumat atau pengajaran tanpa henti kepada mereka. Pendekatan ini mampu meningkatkan kefahaman jangka panjang dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyemak dan mengukuhkan bahan pembelajaran pada selang masa, di samping dapat membantu mereka mengekalkan dan mengingati pembelajaran dengan lebih berkesan.
2. Amalan pengulangan semula
Amalan pengulangan semula adalah penting dalam usaha memastikan kefahaman para murid berada pada tahap yang optima. Seperti contoh, guru meminta salah seorang murid untuk menerangkan semula sesuatu topik yang telah mereka pelajari secara lisan pada hari tersebut. Amalan ini juga dapat meningkatkan daya ingatan mereka secara tidak langsung.
3. Pembelajaran aktif
Galakkan aktiviti perbincangan, kerja kumpulan, hands-on dan latihan penyelesaian masalah. Pembelajaran yang aktif mampu merangsang pemikiran murid yang kritis, sifat kerjasama antara satu sama lain dan pemprosesan maklumat yang baik, di samping dapat memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang suatu perkara.
4. Maklum balas dan penilaian
Maklum balas memainkan peranan penting dalam pembelajaran murid. Galakkan mereka untuk membuat refleksi terhadap pembelajaran kendiri dan tetapkan matlamat untuk perkembangan yang selanjutnya.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz