Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara dengan kadar obesiti yang tertinggi di rantau ini. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Jawapannya adalah kerana gaya hidup masyarakat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula serta kurangnya aktiviti fizikal menyumbang kepada statistik ini.
Apa itu Pemakanan Seimbang?
Oleh yang demikian, amat penting untuk kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pemakanan seimbang? Pemakanan seimbang ialah diet yang dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien yang cukup untuk kegunaan harian.
Kumpulan Makanan yang Perlu Ada
Badan kita memerlukan pelbagai jenis makanan untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan utama supaya tubuh badan dapat berfungsi dengan baiknya. Berikut merupakan kumpulan utama makanan:
- Karbohidrat
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Protein
- Lemak
Berapakah Kuantiti Kumpulan Utama Makanan yang Perlu Diambil?
Bukan semua kumpulan makanan boleh diambil dalam kuantiti yang sama. Setiap daripada kumpulan utama tersebut perlu diambil dalam kuantiti yang berbeza. Untuk mudah faham akan konsep ini, mari kita rujuk piramid makanan di bawah.

Kesimpulannya, pemakanan seimbang adalah amat penting bagi menjalani kehidupan yang sihat. Oleh itu, kita perlu menjaga pemakanan kita agar tidak menghidapi penyakit-penyakit yang kronik pada masa akan datang.
Ditulis oleh Mohamad Alif Asyraf bin Nazarudin
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz