Pernahkah bekalan elektrik terputus di rumah anda? Jika tiada lilin atau lampu suluh, bagaimanakah anda mendapatkan sumber cahaya? Jom kita pelajari cara membuat lilin emergency! Syaratnya, anda perlu mempunyai beras, minyak masak, tisu atau seumpamanya, pemetik api dan bekas kecil.
- Pertama sekali, masukkan segenggam beras dan secawan minyak masak ke dalam bekas atau mangkuk kecil.
- Gulung tisu dan letakkan di tengah-tengah mangkuk yang berisi beras dan minyak tadi untuk dijadikan sebagai sumbu.
- Selepas itu, cucuhkan api pada tisu tersebut.
- Lilin emergency anda telah pun siap! Api tersebut mampu bertahan lama dari malam hingga ke pagi.
Peraturan keselamatan: Pastikan anda meletakkan lilin emergency ini di tempat yang selamat. Jauhkan ia daripada langsir.
Terokai lagi
Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...
Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...
Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz