Mampu berkomunikasi dengan berkesan adalah salah satu kemahiran hidup yang paling penting untuk dipelajari. Komunikasi itu sendiri ditakrifkan sebagai memindahkan maklumat untuk menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik membantu kita dalam semua aspek kehidupan daripada kehidupan profesional kepada kehidupan peribadi. Kemahiran komunikasi yang baik adalah penting untuk membolehkan orang lain dan diri anda memahami maklumat dengan lebih tepat dan cepat. Sebaliknya, kemahiran komunikasi yang lemah membawa kepada salah faham dan kekecewaan yang kerap.

Teknik Penting Dalam Berkomunikasi
1. Bahasa badan (Body Language)
Berkomunikasi bukan sahaja daripada perkataan yang keluar daripada mulut atau tulisan yang ditulis, malah bahasa badan juga penting merupakan salah satu teknik yang penting dalam berkomunikasi. Gunakan bahasa badan yang baik dan sentiasa memandang ke arah mata orang yang anda sedang bercakap.
2. Mendengar
Bagi mengelakkan diri anda dari dilihat gagal dalam berkomunikasi dengan baik, anda perlu mendengar dengan teliti setiap perkataan yang keluar dari mulut seseorang yang anda sedang berkomunikasi. Anda mendengar serta memahami setiap apa yang cuba mereka sampaikan.
3. Berfikir sebelum mula berkomunikasi
Sebelum anda melontarkan sebarang pandangan ataupun mula untuk berbicara, anda perlu berfikir dengan mendalam kerana dikhuatiri perkataan atau pandangan yang anda lontarkan akan merosakkan perbualan antara kedua-dua pihak.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz