Baju kegemaran anda terkoyak dan anda masih sayang untuk membuangnya. Jangan panik. Mungkin koyak itu masih boleh dijahit. Mari ikuti langkah mudah ini.
1) Mula-mula, sediakan jarum penjahit bersaiz sederhana dan segulung benang. Jika anda perlukan benang yang lebih tebal mengikut ketebalan kain, pastikan anda menggunakan saiz jarum yang bersesuaian.
2) Tarik benang sehingga sekurang-kurangnya 2 kali lebih panjang berbanding bahagian koyak.
3) Masukkan benang ke dalam mata jarum dan matikan hujung benang.
4) Untuk hasil yang lebih kemas, kelim sedikit pada bahagian koyak dengan melipat sedikit kain tersebut dan menggosoknya dengan seterika.
5) Kemudian cucuk jarum dari bawah kain ke atas. Tarik sehingga simpulan benang menyentuh kain. Jahit di tempat yang sama untuk memastikan jahitan kukuh.
6) Selepas itu, teruskan menjahit di kelim sebelahnya, kali ini jahit dari atas ke bawah kain.
7) Dari jahitan tadi, cucuk semula ke atas di sebelahnya dan ulang jahitan ini sehingga ke hujung bahagian koyak. Corak jahitan akan berbentuk seperti ini.

8) Tarik benang untuk menutupi bahagian koyak. Untuk kelihatan kemas, ratakan kain anda selepas menjahit.
10) Simpul benang untuk mematikan jahitan.
Jahitan anda telah siap! Kini, baju kegemaran anda masih boleh dipakai semula.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz