Vertical Line Image
Tip Menjaga Kebersihan di Tapak Perkhemahan
oleh Mindloops, 05 May 2023

Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti rekreasi luar. Aktiviti seperti ini antara yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Anda bukan sahaja berpeluang untuk menikmati flora dan fauna, malah anda juga dapat menghirup udara segar sambil mendengar bunyi deruan air dan burung sebagai rawatan untuk menyegarkan fikiran. Dalam keseronokan melakukan aktiviti perkhemahan, diingatkan juga bahawa, kita perlu menjaga kebersihan tapak perkhemahan bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini. 

blog image

1. Sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak pengurusan kem atau bawa plastik sampah tambahan untuk memudahkan pengumpulan sampah di tapak perkhemahan anda.

blog image

2. Selepas makan atau memasak, pastikan anda mencuci peralatan makan dan memasak dengan sabun dan air yang bersih.

blog image

3. Jangan merokok di kawasan perkhemahan kerana ia boleh meninggalkan putung rokok dan meningkatkan risiko kebakaran.

blog image

4. Jangan buang sisa cecair seperti minyak atau sabun ke dalam sungai, tasik atau laut. Ini akan merosakkan alam sekitar dan membahayakan haiwan dan tumbuhan di sekitar tapak perkhemahan.

blog image

5. Jangan buang sisa makanan di tapak perkhemahan kerana ia boleh menarik haiwan liar dan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. 

blog image

6. Elakkan diri daripada memetik bunga atau merosakkan tumbuhan di sekitar tapak perkhemahan.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kemahiran Hidup
Lilin Emergency!
Kemahiran Hidup
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Hidup
Kemahiran Mengurus Masa
Kemahiran Hidup
Kitar Semula

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz