Vertical Line Image
Kemahiran Memaku Kayu
oleh Mindloops, 04 Apr 2023

Kemahiran memaku kayu ialah salah satu kemahiran yang penting terutama dalam pembuatan produk kayu yang kuat dan tahan lama. Dengan menggunakan teknik yang betul dan alatan yang sesuai, memaku kayu dapat menjadi satu tugas yang mudah dan menyeronokkan. Jom kita pelajari kemahiran dan teknik memaku kayu dengan betul! 

Alatan yang diperlukan untuk memaku kayu:

blog image

1. Tukul Kuku Kambing

  • Terdapat 4 bahagian penting pada tukul kayu kambing iaitu bahagian kepala, muka, kuku dan hulu. Kuku pada tukul kuku kambing tersebut digunakan untuk mencabut paku, muka adalah bahagian yang digunakan untuk mengetuk paku manakala hulu adalah pemegang ketika proses mengetuk paku.
blog image

2.    Paku 

  • Paku kayu terdapat beberapa variasi ukurannya iaitu dari 2cm sehingga 12cm. Pemilihan saiz dan ukuran yang bersesuaian adalah bergantung kepada ketebalan kayu.

Langkah-langkah memaku kayu dengan betul:

blog image

1. Pilih ukuran atau saiz paku kayu yang bersesuaian.

blog image

2. Letakkan kayu yang hendak dipaku pada permukaan yang rata.

blog image

3. Pegang paku dengan jari tangan yang tidak memegang penukul. Kemudian, pukul paku kayu berkenaan secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

blog image

4. Pastikan paku tersebut telah terbenam sepenuhnya di dalam kayu. Sekiranya anda tersilap paku, cabut paku tersebut menggunakan bahagian kuku penukul.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kemahiran Hidup
Lilin Emergency!
Kemahiran Hidup
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Hidup
Kemahiran Mengurus Masa
Kemahiran Hidup
Kitar Semula

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz