Tahukah anda, kangkung ialah tanaman yang mudah dijaga dan tidak memerlukan tanah untuk hidup. Mari kita ketahui cara untuk menanam kangkung dengan hanya menggunakan baldi dan bakul penapis di rumah.

Bahan-bahan:
- Benih kangkung
- Baldi
- Bakul penapis
Tips: Jika lubang pada bakul penapis itu besar, letakkan kapas supaya benih tidak terjatuh melalui lubang tersebut.
Cara-caranya:
- Rendam benih kangkung selama tiga hari menggunakan air paip sahaja.
- Toskan benih kangkung yang telah siap direndam dan masukkan ke dalam bakul. Pastikan kuantiti benih kangkung tidak begitu padat.
- Letakkan bakul penapis pada bahagian atas baldi.
- Masukkan air paip ke dalam baldi sehingga mencecah dasar bakul penapis.
- Tutup bakul penapis yang berisi benih kangkung dengan menggunakan kain bewarna gelap selama dua hingga tiga hari.
- Selepas akar dan pucuk kangkung mula keluar, buka penutup dan dedahkan anak kangkung kepda cahaya matahari untuk tumbesaran.
- Pantau paras air dan pastikan air bersentuh dengan akar pokok.
Selepas 3-4 minggu, kangkung sudah sedia untuk dituai dan dimasak.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz