Tidak dinafikan bahawa Malaysia masih ketinggalan dalam penggunaan robot dalam kehidupan seharian. Namun, masa hadapan robotik di Malaysia kelihatan cerah apabila ada wakil dari Malayisa yang berjaya menjuarai sebuah pertandingan robotik.
Pada 25 hingga 28 September 2024, SMK Chung Hua Miri telah menghantar satu kumpulan yang digelar “UP UP”. Kumpulan yang dianggotai Elson Kieu Chee, Sim Zhi Yang dan Sasha Liz Liew berjaya mengharumkan nama sekolah dan juga negara apabila mereka menjadi juara kategori Robosport dalam Kejohanan Terbuka Robotik Dunia.
Kejohanan yang dilangsungkan di Brescia, Italy itu menyaksikan kumpulan UP UP tewas pada pusingan pertama ketika berhadapan dengan pasukan dari Hungary. Punca kekalahan adalah disebabkan oleh sensor yang tidak berfungsi. Hal ini menyebabkan ia tidak dapat bergerak dengan betul. Namun, ia tidak mematahkan semangat anak muda ini. Hasilnya, mereka berjaya mara ke peringkat akhir setelah menewaskan pasukan dari Jepun.

Segala penat lelah yang dilalui bagi menghadapi kejohanan ini membuahkan hasil apabila mereka berjaya muncul juara. Lai Jia Ling, pengetua dan jurulatih pasukan ini menyebutkan mereka melakukan persediaan selama 2 bulan bagi menghadapi kejohanan ini. Setiap murid menghabiskan masa lebih kurang 6 jam setiap hari bagi memastikan robot yang terbaik dapat dihasilkan.
Kisah kejayaan SMK Chuang Hua Miri boleh dijadikan inspirasi. Setiap kejayaan yang diperoleh adalah hasil usaha yang tidak putus serta keyakinan kepada diri. Semoga makin ramai generasi muda yang akan berjaya menyumbang bakti untuk mengharumkan nama negara.
Ditulis oleh Mohamad Alif Asyraf bin Nazarudin
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz