Fauna ialah istilah menarik yang menggambarkan haiwan menakjubkan yang terdapat di sekeliling kita. Ia merangkumi sekecil-kecil haiwan seperti serangga sehingga sebesar-besar haiwan seperti gajah, zirafah dan sebagainya. Jom kita pelajari tentang fauna!
Informasi Menarik Tentang Fauna

- Fauna merujuk kepada semua jenis haiwan yang mendiami tempat tertentu, seperti hutan, padang pasir, atau lautan. Fauna juga merangkumi haiwan-haiwan yang berterbangan di udara seperti burung-burung.
- Fauna adalah penting untuk ekosistem bumi kerana ia juga merupakan sumber makanan semula jadi manusia seperti ikan, ketam ayam, lembu dan sebagainya.
- Menjadi satu kepentingan untuk kita memelihara sumber fauna di muka bumi ini bagi memastikan persekitaran yang sihat.
- Fauna boleh ditemukan dalam pelbagai habitat di muka bumi ini seperti hutan hujan yang dipenuhi dengan burung-burung, serangga eksotik dan kucing hutan. Manakala di lautan adalah merupakan tempat tinggal kepada ikan paus, ikan lumba-lumba dan banyak lagi.
Fakta Menarik:

- Tahukah anda, ikan paus biru atau blue whale merupakan haiwan terbesar yang pernah dibuktikan kewujudannya? Ikan paus biru boleh membesar sehingga sepanjang tiga bas sekolah?
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz