Vertical Line Image
Keistimewaan Ramadhan
oleh MindLoops, 24 Feb 2025

Ramadhan merupakan salah satu bulan dalam bulan-bulan Islam. Masyarakat Islam seluruh dunia pasti ternanti-nanti akan kehadiran bulan yang penuh makna ini. Namun, tahukah anda apa yang membuatkan bulan ini sangat istimewa khususnya bagi mereka yang beragama Islam?

1. Puasa

blog image

Bulan Ramadhan merupakan sebuah bulan di mana masyarakat Islam dikehendaki untuk berpuasa. Berpuasa pada bulan Ramadhan bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Maka, sepanjang tempoh itu mereka tidak dibenarkan untuk makan atau minum walaupun seteguk air sekalipun. Jangan pula anda pelawa sahabat anda untuk makan ya!

2. Mendidik Diri Erti Kesederhanaan

blog image

Puasa secara tidak langsung mengajar erti kesedehanaan. Mereka yang berpuasa digalakkan untuk bersederhana ketika berbuka puasa bagi mengelakkan pembaziran. Bukan itu sahaja, puasa mengajar masyarakat untuk lebih prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Ada segelintir daripada kita yang susah untuk mendapat bekalan makanan bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

3. Manfaat Kesihatan

blog image

Banyak kajian santifik yang telah membuktikan puasa dapat menambah baik kesihatan seseorang. Antara kelebihan dari sudut kesihatan ialah membantu mengawal diabetes, mengurangkan tekanan darah, mencegah kencing manis, mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan risiko penyakit pencernaan dan meningkatkan daya tumpuan otak. 

Kesimpulannya, Ramadhan merupakan sebuah bulan yang penuh dengan hikmah. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan masyarakat Islam yang ternanti-nanti akan kehadirannya. Bagi anda yang beragama Islam, jangan ponteng puasa ya!

 

Ditulis oleh Mohamad Alif Asyraf bin Nazarudin


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Pengetahuan Am
Kenali Istilah Cuaca
Pengetahuan Am
Gajet dan Obesiti
Pengetahuan Am
Sekolah Pertama untuk Pelajar Lelaki
Pengetahuan Am
Adakah Rawatan Gigi Membatalkan Puasa?

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz