Tahukah Anda?
Pada setiap tahun, Hari Sukan Negara akan disambut di Malaysia. Terdapat pelbagai program, aktiviti serta pertandingan-pertandingan sukan yang dianjurkan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara di seluruh Malaysia.
Sejarah sambutan Hari Sukan Negara
10 Oktober 2015 merupakan tarikh bersejarah buat Malaysia kerana tarikh berkenaan telah berlangsungnya sambutan Hari Sukan Negara buat julung kalinya. Jutaan rakyat Malaysia telah melibatkan diri dalam pelbagai jenis pertandingan dan aktiviti sukan yang diadakan pada sambutan hari tersebut. Aktiviti sukan yang berlangsung pada sambutan Hari Sukan Negara meliputi golongan dari bandar mahupun luar bandar. Sambutan ini merupakan satu langkah inisiatif Khairy Jamaludin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu demi memastikan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat
Mengapa Malaysia menyambut Hari Sukan Negara pada setiap tahun?
Sambutan ini bertujuan menanamkan semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun ianya disambut hanya sekali dalam setahun, namun budaya gaya hidup sihat mampu diterap dan diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi sambutan ini. Selain itu, sambutan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kadar penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan memandangkan kadar penglibatan aktiviti sukan dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahap yang rendah, apatah lagi ingin menuju ke arah gelaran negara bersukan.
Terokai lagi
Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...
Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...
Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz