Melalui tajuk, pasti pembaca sudah dapat agak apa pengetahuan am baharu yang akan dikongsikan kali ini, bukan? Percaya atau tidak, hampir semua golongan pembaca mengetahui cara atau teknik membaca cuaca, namun hanya segelintir yang mengambil tahu istilah-istilah cuaca. Tahukah anda, ada beberapa perkataan yang jarang disebut atau diguna pakai oleh rata-rata lapisan masyarakat, antaranya meteorologi, kerpasan dan langkisau.

Meteorologi ialah satu ilmu sains yang mengkaji tentang atmosfera dan fenomena yang berkait dengannya, khususnya cuaca dan ramalannya. Di Malaysia, organisasi yang bertanggungjawab dalam bidang ini adalah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dan individu yang bekerja dalam bidang ini digelar Pegawai Meteorologi.

Pernah dengar istilah gerimis? Gerimis ialah salah satu contoh kerpasan yang merupakan cecair hasil daripada pemeluwapan wap air dari awan yang termendap pada permukaan bumi. Contoh lain bagi kerpasan berbentuk cecair adalah hujan salji dan hujan batu. Manakala kerpasan berbentuk pepejal adalah seperti kristal ais atau dipanggil sebagai hablur ais.

Langkisau pula merupakan angin kencang yang berlaku serta-merta dalam waktu yang singkat iaitu kurang daripada 20 saat. Angin langkisau kebiasaannya disertai bersama ribut petir dan terbentuk daripada awan kumulonimbus. Ia boleh mengakibatkan kerosakan struktur di permukaan bumi termasuklah tumbuh-tumbuhan.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz