Pernah terfikir tak, apa yang atlet sukan selalu buat untuk kekal bertenaga menjalani latihan sukan walaupun ketika mereka berpuasa?
Atlet sukan yang berpuasa kebiasaannya akan menyesuaikan pemakanan mereka dan mengubah suai jadual latihan sukan supaya dapat memastikan mereka kekal bertenaga dan mengekalkan stamina dengan baik.
Berikut adalah beberapa tip yang sering digunakan oleh atlet untuk kekal bertenaga walaupun ketika berpuasa.
1. Menyusun strategi pemakanan semasa sahur dan berbuka
Sahur
- Lewatkan waktu sahur untuk meminimumkan tempoh berpuasa.
- Ambil makanan seimbang yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan
- Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
- Jika atlet menjalani latihan berat, ambil makanan dan minuman manis (tinggi karbohidrat) dengan garam tambahan dapat menggalakkan penyimpanan air ‘water retention’ untuk mengurangkan risiko hipohidrasi (badan tidak cukup air).
Berbuka
- Berbuka dengan kurma untuk pemulihan tenaga pantas serta air kosong untuk menghidratkan badan.
- Ambil makanan berunsurkan cecair seperti sup dan bubur bagi penyerapan nutrien yang segera.
- Pilih hidangan berat yang seimbang untuk pemulihan tenaga dan otot.
- Ambil makanan sihat ketika moreh seperti susu, sandwich telur dan air kosong.
2. Penyesuaian Jadual Latihan
Latihan ringan pada awal pagi (selepas sahur)
- Bagi sesetengah atlet, mereka melakukan latihan ringan yang bersesuaian dengan kondisi badan mereka.
Latihan sebelum berbuka
- Latihan kardio ringan biasa dilakukan oleh atlet sama ada berjalan, atau aktiviti regangan.
Latihan selepas berbuka
- Ini merupakan latihan utama bagi seorang atlet.
- Mereka akan melakukan senaman berintensiti tinggi seperti latihan kekuatan atau latihan kemahiran.
- Pada waktu ini, atlet telah mendapat tenaga dan hidrasi yang mencukupi untuk badan.
3. Pemulihan dan Rehat yang Cukup
- Atlet akan menjaga waktu tidur yang mencukupi untuk pemulihan otot dan tenaga.
- Mereka akan menjalani teknik pemulihan seperti urutan, mandi ais atau regangan bagi membantu menngurangkan keletihan otot.
Menjadi seorang atlet sukan amat terikat dengan sesi latihan dan jadual pertandingan sepanjang tahun. Perkara ini menjadi satu cabaran bagi atlet yang berpuasa kerana dalam masa yang sama, mereka perlu mengekalkan prestasi yang terbaik. Justeru itu, jurulatih perlu bijak menyusun jadual latihan atlet agar prestasi mereka dapat diseimbangkan dengan tuntutan berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Ditulis oleh Raimy Syarafina binti Rohim
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz