Pada zaman yang serba canggih ini, robot telah digunakan secara meluas. Penciptaan robot adalah untuk mengurangkan beban kerja yang dihadapi oleh manusia sebelum ini. Mari kita lihat antara robot yang telah mula digunakan di Malaysia:
1. BellaBot

BellaBot ialah robot penghantaran makanan pintar yang direka khas untuk perkhidmatan hospitaliti dan restoran. Ia merupakan produk syarikat teknologi Pudu Robotics dan dikenali kerana reka bentuknya yang mesra pengguna serta ciri interaktifnya.
Penggunaan awal BellaBot di Malaysia bermula sebagai inovasi dalam industri hospitaliti untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja manusia, terutama semasa pandemik COVID-19.
2. Robot Suit HAL

Robot ini dicipta bagi membantu seseorang mengalami masalah kelumpuhan atau kelemahan anggota kaki. Robot ini memudahkan kerja perawat dengan memulihkan, menyokong dan meningkatkan tahap kefungsian anggota kaki pesakit apabila dipakai.
Malaysia merupakan negara keempat di dunia dan yang pertama di ASEAN yang menawarkan perkhidmatan menggunakan Robot Suit HAL. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Cyberdyne Inc. Japan telah menubuhkan pusat rehabilitasi pertama di Malaysia yang menggunakan Robot Suit HAL yang terletak di PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka.
Ditulis oleh Mohamad Alif Asyraf bin Nazarudin
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz