Vertical Line Image
Gajet dan Obesiti
oleh Mindloops, 13 Nov 2023

Tahukah kawan-kawan, obesiti dan ketagihan gajet tidak dapat dipisahkan? Sebelum itu, ketahui maksud sebenar obesiti. Obesiti ialah kegemukan atau berat badan yang berlebihan disebabkan oleh pengumpulan lemak yang tidak normal di dalam badan. Individu yang obes berisiko tinggi untuk mengalami gangguan kesihatan, dan obesiti ini berupaya untuk mempengaruhi kualiti hidup seseorang seperti cepat letih, tidur berdengkur dan sukar bernafas.

blog image

Bagaimana pula dengan ketagih gajet? Mereka yang bersifat ketagih terhadap penggunaan gajet akan memperuntukkan masa yang sangat lama untuk bermain alatan gajet tersebut sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab dalam kehidupan harian. Sikap leka dan terpaku dengan gajet membuatkan seseorang berasa malas untuk bergerak ke mana-mana dan akhirnya meletakkan semua yang diperlukan di depan mata!  

Ikuti 5 punca obesiti akibat daripada ketagihan gajet:

  1. Penggunaan gajet secara duduk atau berbaring melebihi had masa yang disyorkan dalam sehari.
  2. Tabiat makan sambil bermain gajet.
  3. Jadual makan yang tidak teratur akibat terlalu sayang meninggalkan gajet.
  4. Rasa kurang berminat untuk keluar rumah bagi memanaskan badan.
  5. Pergerakan seharian yang terhad di satu tempat mendorong kelesuan badan dan menimbulkan rasa malas bersenam.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Pengetahuan Am
Kenali Istilah Cuaca
Pengetahuan Am
Sekolah Pertama untuk Pelajar Lelaki
Pengetahuan Am
Adakah Rawatan Gigi Membatalkan Puasa?
Pengetahuan Am
Kepelbagaian Budaya di Malaysia

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz