Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai sebuah muzium khas yang menyimpan sejarah dan kisah menarik tentang dunia kepolisan? Jom, kita kenali Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM)!
Lokasi Muzium PDRM
Muzium PDRM ini terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Taman Tasik Perdana dan berhampiran dengan Muzium Negara. Lokasinya yang strategik menjadikan ia mudah dikunjungi oleh pelawat dari dalam dan luar negara.
Tarikan Menarik di Muzium PDRM
Terdapat banyak bahagian menarik yang boleh dilawati di muzium ini:
Garis Masa Kepolisan
Muzium ini memaparkan sejarah awal kepolisan di Tanah Melayu sejak abad ke-18, termasuk peranan kepolisan di negeri-negeri Melayu beraja dan ketika zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British.
Bukan itu sahja, anda juga dapat melihat kisah perjuangan polis menentang ancaman komunis semasa zaman Darurat (1948–1960). Pelawat boleh melihat peralatan tempur, pakaian seragam, dan senjata yang digunakan.
Pelawat juga akan melihat perkembangan teknologi dan struktur organisasi PDRM dari zaman kemerdekaan hingga kini. Termasuk juga operasi antarabangsa, tugas khas seperti Pasukan Gerakan Khas (PGK), dan pelbagai unit khas lain.
Kenderaan dan Senjata
Di luar bangunan, anda boleh melihat pelbagai jenis kenderaan lama polis seperti trak, motosikal, dan kapal peronda. Terdapat juga pameran senjata yang dirampas daripada kumpulan penjenayah dan pengganas.
Muzium Polis Diraja Malaysia merupakan destinasi yang sarat dengan nilai sejarah dan patriotisme. Ia bukan sahaja sesuai untuk peminat sejarah, tetapi juga untuk seisi keluarga yang ingin mengenali lebih dekat tentang jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara. Jadi, jika anda berkunjung ke Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk melawat muzium ini!
Ditulis oleh Mohamad Alif Asyraf bin Nazarudin
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz