Pendidikan masa kini menekankan pendekatan berteraskan Pembelajaran Abad ke-21. Hal ini seiring dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat. Guru-guru sudah tidak boleh berasa selesa dengan corak pengajaran yang masih di takuk lama lagi. Malah, mereka harus menerapkan corak pengajaran mereka dengan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan dan juga robotik.
Jangan hairan andaikata suatu hari nanti akan wujudnya guru robotik yang akan bersama-sama dengan guru-guru sedia ada untuk mendidik generasi akan datang. Malahan, ada sesetangah negara yang sudah memperkenalkan guru robotik untuk mengajar di dalam kelas. Contoh:

1. Kerala, India
Robot bernama Iris merupakan robot Ai pertama di India yang beroperasi sebagai seorang guru.
2. China
Tutor Ai yang dikenali sebagai Squirrrel AI menyediakan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid masa kini,
3. Amerika Syarikat
Robot bernama Jill Watson diperkenalkan di sebuah university yang terletak di Atlanta. Tugasnya ialah menjawab soalan atas talian yang dikemukakan kepadanya dengan berkesan.
Mana yang lebih baik, guru manusia atau guru robot?
Robot tidak dinafikan mendatangkan banyak kelebihan kepada manusia. Tetapi harus diingat, robot tidak ada sentuhan emosi sepertimana seorang manusia. Robot mungkin dapat menyediakan corak pembelejaran yang lebih efektif kepada murid namun manusia mampu membentuk peribadi murid melalui sentuhan emosi. Oleh yang demikian, adalah sewajarnya untuk kedua-dua pihak untuk bekerjasama bagi membentuk masa hadapan yang lebih baik dan terjamin.
Ditulis oleh Mohamad Alif Asyraf bin Nazarudin
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz