Apa itu Kejuruteraan?
Kejuruteraan merupakan aplikasi sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah. Bidang kejuruteraan di Malaysia sering mendapat permintaan yang sangat tinggi. Ini selari dengan sasaran kerajaan untuk memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memenuhi permintaan pekerja keperluan industri. Antara bidang kejuruteraan yang mendapat permintaan tertinggi dalam Malaysia ialah kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan awam.
Kejuruteraan Mekanikal
Antara sebab utama kejuruteraan mekanikal mendapat permintaan tertinggi ialah bidangnya yang fleksibel dan cabang yang meluas. Graduan kejuruteraan mekanikal boleh bekerja dalam industri penerbangan, automotif, pembuatan dan sebagainya.

Kejuruteraan Elektrik
Seorang jurutera elektrik bekerja dengan pelbagai jenis komponen, peranti, cip mikro kecil kepada penjana stesen janakuasa yang besar dan mereka mahir dalam pemasangan pendawaian elektrik. Bidang ini mempunyai peluang pekerjaan yang sangat banyak kerana permintaan tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan elektrik dari industri yang tinggi.

Kejuruteraan Awam
Tugas seorang jurutera dalam bidang kejuruteraan awam adalah mereka bentuk seperti bangunan, jalan raya dan jambatan yang akan dibangunkan. Negara Malaysia dan negara luar sentiasa berkembang dengan pesat melalui pembangunan yang semakin canggih. Kepakaran jurutera awam dalam mereka bentuk sangat diperlukan oleh banyak syarikat sama ada dalam atau luar negara.

Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz