Vertical Line Image
Dialek di Malaysia
oleh MindLoops, 03 Apr 2023

Malaysia terkenal dengan pelbagai budaya, sejarah dan masyarakat yang berbilang kaum. Selain kaya dari segi etnik, budaya, makanan, tempat-tempat menarik, Malaysia juga turut dikenali dengan kepelbagaian bahasanya. Loghat ataupun dialek merupakan satu bahasa yang mudah difahami bagi seseorang pada sesuatu tempat. Jadi, mari kita kenali dialek yang ada di Malaysia.

Perak

Dialek PerakMaksud
“Adi tengah meroloh tu”“Adi tengah tidur tu”
“Ate abahnye pon…dengan anak pun nak bengkin”“Habis tu abahnye pon… dengan anak pun nak garang”
“Tok tu dah toben...renti kan le kluor…dudok romah aje le”“Tok tu dah tua bangka…sudah-sudah lah keluar, duduk rumah sahaja lah”

Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

Dialek Pulau Pinang, Kedah dan PerlisMaksud
“Hang ni baloq liat sunggoh, kira nak lena ja dari cerah sampai kelam”“Awak ni pemalas betul, asyik tidur saja dari siang ke malam”
“Kucin tu dok tak dok tiba-tiba mai rengau ceq taksat”“Kucing itu tidak semena-mena datang mencakar saya sebentar tadi”
“Tak sangka laki Che Nab tu jenih rabung, masuk ayaq macam kita jugak noh”“Tok sangka suami Che Nab itu jenis ramah, gila-gila macam kita juga”

Pahang

Dialek PahangMaksud
“Mak, koi nak keluor kejak jumpa ghodong”“Mak, saya nak keluar kejap jumpa kawan-kawan”
“Mbeng bebeno koi makan kenuri semalam”“Berselera sungguh saya makan nasi di kenduri semalam”
“Toksoh, toksoh ikut aku. Ghembek je”“Jangan, jangan ikut aku. Leceh je”

Kelantan

Dialek KelantanMaksud
“Pok Me bekwoh besa pasa anok tino sulung diyo nok nikoh”“Pak Man mengadakan kenduri secara besar-besaran kerana anak perempuan sulungnya akan berkahwin”
“Budok tu barok bena kapong diyo”“Budak itu jahat sungguh di kampung dia”
“Woh moktey blake rumoh tu, berrak doh”“Buah rambutan belakang rumah itu dah mula masak”

Terengganu

Dialek TerengganuMaksud
“Aku dok pelawok pung”“Aku tak tipu pun”
“Bakpe mung keghah keng ngak?”“Kenapa kau degil sangat?”
“Sedak the cakak…”“Sedapnya bercakap…”

Sabah

Dialek SabahMaksud
“Siti kena bubut dengan anjing”“Siti kena kejar dengan anjing”
“Jangan taru tu pasu di siring tingkap nanti jatuh”“Jangan letak pasu itu di tepi tingkap nanti jatuh”
“Siapa yang limping di atas katil saya tu?“Siapa yang baring atas katil say aitu?”

Sarawak

Dialek SarawakMaksud
“Angol na kamek..”“Bosannya saya..”
“Jaik na perangenya eh”“Buruk betul  perangai dia”
“Kitak ada nagga sik surat kabar aritok?“Awak ada lihat tak surat khabar hari ini?”

Johor

Dialek JohorMaksud
“Budak Usen tu maseh kolop lagi”“Budak hussien itu masih belum berkhatan lagi”
“Jom sarap?”“Jom sarapan?”
“Demam biyase aje, belom melintap”“Dia demam biasa sahaja, belum demam kuat”

Melaka

Dialek MelakaMaksud
“Eh budak ni makan, koweng betul mulut kau”“Eh budak ini makan comot betul mulut engkau”
“Kau pergi amek kengsal, kau mandi sekarang!”“Engkau pergi ambil tuala, engkau mandi sekarang!”
“Kau tengok Cik Atan duduk kat pangkin tu, dengan belenggengnya, malu kat orang aje la”“Engkau tengok Cik Atan duduk dekat pondok tu, dengan tidak berbajunya, malu kat orang sahaja”

Negeri Sembilan

Dialek Negeri Sembilan Maksud
“Dari sonjo sampai ko tongah malam bobenta kito bocarian tapi tak yo solosai”“Dari senja hingga ke tengah malam, beria-ria kita mencari jalan penyelesaian, tetapi tidak juga selesai”
“Kok Pak Lobai ada, mereko bocongkehlah sampai ko pagi”“Kalau Pak Lebai ada, mereka berbuallah sampai ke pagi”
“Ko duduk ontok-ontok!”“Engkau duduk diam-diam”


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Pengetahuan Am
Kenali Istilah Cuaca
Pengetahuan Am
Gajet dan Obesiti
Pengetahuan Am
Sekolah Pertama untuk Pelajar Lelaki
Pengetahuan Am
Adakah Rawatan Gigi Membatalkan Puasa?

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz