Pernahkah anda menonton siri animasi Saladin? Siri animasi dengan 13 episod ini telah mula disiarkan di saluran TV3 dan Astro Ria sejak tahun 2010. Ia diilhamkan daripada kisah hidup seorang tokoh pahlawan Islam, iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang telah berjaya membebaskan kota suci Baitul Maqdis pada abad ke-12. Antara watak utama dalam siri animasi ini ialah Saladin, Tarik, Anisa, Duncan dan Omar.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat perbezaan watak dan perwatakan antara biografi Salahuddin Al-Ayubi dengan Saladin dalam jalan cerita siri animasi tersebut? Jom kita ikuti perbezaannya di bawah!

- Saladin, watak utama. Perwatakan Saladin dalam siri animasi ini yang takut akan kematian sememangnya bercanggah dengan perwatakan sebenar Salahuddin Al-Ayubi yang tidak gentar untuk syahid di medan perang.
- Tarik, sahabat Saladin. Perwatakan Tarik yang penakut dan sentiasa menghalang Saladin daripada mencuba perkara baharu amat berbeza dengan perwatakan sebenar sahabat Salahudin Al-Ayubi yang sanggup berjuang bersama-sama beliau.
- Duncan, sahabat Saladin. Watak Duncan dalam siri animasi ini telah menenggelami watak hero utama iaitu Saladin. Duncan digambarkan gagah perkasa dengan senjata berbanding dengan Saladin yang kelihatan cemas dan tidak terurus. Watak ini juga tidak terdapat dalam biografi Salahuddin Al-Ayubi.
Sudah jelas, bukan? Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi unsur dalam siri tersebut yang bercanggah dengan riwayat hidup sebenar Salahuddin Al-Ayubi. Pengajarannya di sini ialah, berhati-hatilah dalam menonton cerita khususnya yang berunsurkan sejarah Islam. Sebaiknya, perbanyakkan bacaan sejarah hidup tokoh pahlawan Islam supaya kita tidak mudah tertipu atau keliru dengan cerita adaptasi yang ditayangkan di kaca televisyen.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz